Datuk Shazryl Eskay Abdullah diberitakan telah menyerahkan sampel DNAnya kepada pihak polis pagi tadi. Penyerahan sampel itu didakwa untuk membantu siasatan polis berkaitan dengan video seks yang kononnya memaparkan aksi seks DS Anwar Ibrahim.
Menurut Eskay, polis memintanya ke Bukit Aman pada pukul 10 pagi tadi untuk berbuat demikian.
"Saya telah menyerahkan sampel DNA secara sukarela," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada pukul 1.30 petang tadi.
Selain menyerahkan sampel DNA, Eskay turut memberitahu bahawa dia telah menjawab beberapa soalan untuk "mengukuhkan" lagi kes tersebut. Dia walaubagaimanapun enggan memberikan ulasan tentang hal itu dan akan membuat penerangan dalam satu sidang media esok.
P/s: Apabila Eskay memberitahu bahawa dia SUKARELA menyerahkan DNAnya, maka kita tahu siapa yang mahu disindirnya. Yang peliknya, apa perlunya dia menyerahkan DNA? Lagi pelik, apa "helah" konspirator untuk "mengukuhkan" kes ini? Lagi berganda pelik, bila polis akan tangkap dan dakwa Eskay dan geng?