DAP ingin membentuk pakatan dengan Parti Maju Sabah (SAPP) bagi menentang Barisan Nasional di Sabah pada pilihan raya umum akan datang.
"Kami memang serius tentang perkara ini dan saya harap wakil DAP dapat mengadakan mesyuarat dengan wakil SAPP dengan secepat mungkin.
"Memanglah akan wujud rintangan di sana sini tapi saya harap rancangan ini akan menjadi kenyataan," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Minggu lepas, Ketua Penerangan SAPP Chong Pit Fah dilaporkan berkata parti itu kini menunggu kepimpinan pakatan pembangkang mengadakan rundingan mengenai pengagihan kerusi untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang ekoran saranan setiausaha DAP Sabah, Edwin Bosi, agar pembangkang di Sabah mengelak timbul pertelingkahan sesama mereka seperti yang berlaku ketika pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini. -Sabahkini