Akhirnya hampir kira-kira 95% video yang kononya merakamkan aksi seks Anwar Ibrahim tersebut telah disiarkan melalui beberapa akaun Youtube dan beberapa laman seumpamanya. Hasilnya saya dihubungi ramai teman-teman yang sebelum ini jujurnya ada yang ragu-ragu tetapi kini menjadi yakin setelah melihat beberapa siri video yang disebutkan.
Sebelum ini sememangnya video tersebut disiarkan bahagian - bahagian tertentu yang betul-betul seiras Anwar untuk menyakinkan rakyat. Nampaknya strategi kumpulan ini menyiarkan secara penuh akan memakan diri, mungkin sedar dengan impak kepercayaan rakyat maka kumpulan ini menarik segera video penuh yang disiarkan secara bersiri dalam beberapa file yang dimuat naik hanya beberapa jam selepas dimuat naik.
Siapa siarkan video tersebut ?
Tiba - tiba polis cekap Malaysia dan SKMM menjadi 'mandul' tidak berupaya, selalunya mereka ini amat cekap sehingga yang berselindung pun dapat dirungkai. Oh...itu hanya kalau ada blog atau posting yang menyerang regim rupanya...kalau posting itu beri kelebihan pada regim ia ada potensi terlepas.
Video tersebut tidak dimiliki oleh orang lain, merujuk kepada pemilik dan pencipta video tersebut. Hanya dua pihak yang ada sama ada Eskay atau Bukit Aman. Maknanya adakah Bukit Aman ditembusi oleh orang ramai dan video tersebut dicuri atau Bukit Aman sendiri terlibat menyiarkan video tersebut ? atau Eskay mempermainkan Bukit Aman atau Eskay dan Bukit Aman memang berpakat dan hanya mengikut skrip yang telah disediakan...
Eskay a.k.a Dato Trio akan didakwa ?
Banyak pihak desak Eskay untuk didakwa dan ditahan, menurut mereka ini semua lakonan dan kerana itu Eskay bebas. Oh..maknanya kalau Eskay ditahan ini bukan lakonan ?
Jangan terlalu positif, Eskay akan didakwa juga demi menyakinkan rakyat dengan skrip mereka. Ingat kes bunuh Altantuya dua orang anggota polis dijatuhkan hukuman bersalah sebagai kambing hitam dengan satu sabitan kejadian bunuh tanpa motif.
Sebelum didakwa Eskay ditugaskan untuk menarik semaksimum mungkin perhatian orang ramai. Dia akan bersumpah.... dan Eskay pula mewakili dua orang sekutunya yang lain. Rasanya ini kali pertama sumpah-sumpah boleh wakil.
Ramai yang kemudian mencabar supaya Rahim turut bersumpah, malah ada yang cabar Najib supaya bersumpah perihal kes Altantuya dan Port Dickson. Dalam hal ini juga kita jangan terlalu positif, jangan terperangkap. Kita mencipta persepsi rakyat kalau sumpah itu betullah... Kalau Najib sumpah maka betullah ?
Puak - puak ni jangan ambil kira sangat mereka akan lakukan apa jua termasuk bersumpah, lebih lebih lagi melihat Saiful Bukhari masih selamat selepas bersumpah laknat.
Tahun 1998, Anwar juga bersumpah dengan nama Allah di Batu Pahat. Namun lepas beberapa hari bersumpah dia ditahan dan dipukul hampir mati. Fitnah tetap dilengkapkan skripnya.
Dalam Islam tidak ada sumpah laknat yang ada ialah sumpah mubahalah. Ini disebut dalam sirah apabila Rasulullah menangani pertikaian yang dimunculkan oleh delegasi Nasrani dari Najran.
Dengan merujuk kepada hadis-hadis yang mengkhabarkan peristiwa mubahalah yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, dapat dirumuskan beberapa syarat sumpah mubahalah:
Ia sebagai alternatif terakhir setelah semua alternatif lain dilaksanakan bagi meleraikan pertikaian.
Masing-masing pihak membawa bersama ahli keluarganya yang terdekat.
Masing-masing pihak bersama ahli keluarga terdekat hadir secara berhadapan.
Masing-masing pihak bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku bersumpah aku tidak bersalah dalam tuduhan ini. Ya Allah! Yang menuduh telah berdusta dalam membuat tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas penuduh dan ahli keluarganya.” Pihak kedua pula bersumpah, umpama: “Demi Allah! Aku tidak berdusta dalam membuat tuduhan ini. Ya Allah! Yang tertuduh telah berdusta dalam menafikan tuduhan, maka jatuhkanlah laknat-Mu ke atas tertuduh dan ahli keluarganya.”
Lazimnya apabila masing-masing pihak hadir bersama ahli keluarga terdekat secara berhadapan, sumpah mubahalah tidak akan berlaku. Pihak yang membuat tuduhan palsu akan menarik diri. Bahkan dia mungkin tidak akan hadir atau tidak akan membawa ahli keluarganya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada delegasi Najran itu sendiri. Hadis berikut menjadi rujukan:
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ: جَاءَ الْعَاقِبُ وَالسَّيِّدُ صَاحِبَا نَجْرَانَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُرِيدَانِ أَنْ يُلاَعِنَاهُ. قَالَ: فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ لاَ تَفْعَلْ فَوَاللَّهِ لَئِنْ كَانَ نَبِيًّا فَلاَعَنَّا لاَ نُفْلِحُ نَحْنُ وَلاَ عَقِبُنَا مِنْ بَعْدِنَا, قَالاَ إِنَّا نُعْطِيكَ مَا سَأَلْتَنَا وَابْعَثْ مَعَنَا رَجُلاً أَمِينًا وَلاَ تَبْعَثْ مَعَنَا إِلاَّ أَمِينًا. فَقَالَ: لأَبْعَثَنَّ مَعَكُمْ رَجُلاً أَمِينًا حَقَّ أَمِينٍ. فَاسْتَشْرَفَ لَهُ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. فَقَالَ: قُمْ يَا أَبَا عُبَيْدَةَ بْنَ الْجَرَّاحِ. فَلَمَّا قَامَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: هَذَا أَمِينُ هَذِهِ الأُمَّةِ.
Daripada Huzaifah (radhiallahu 'anh), dia berkata: al-Aqib dan al-Sayyid, ketua delagasi Najran datang kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk saling melaknat (Mubahalah).
(Huzaifah menyambung): Lalu berkata salah seorang daripada mereka kepada sahabatnya: “Janganlah berbuat demikian kerana Demi Allah, jika benar dia (Muhammad) seorang Nabi lalu kita melaknat dia pasti kita dan generasi sesudah kita tidak akan mencapai kejayaan.”
Lalu akhirnya mereka berdua berkata: “Kami akan memberikan apa yang kamu minta (sebagai perjanjian damai) dan utuskanlah kepada kalangan kami seorang yang amanah, tidak sebarangan orang kecuali yang amanah.” Rasulullah menjawab: “Aku akan mengutus bersama kalian seorang yang amanah, benar-benar amanah.”
Setelah itu maka setiap seorang daripada para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sangat-sangat berharap agar merekalah yang terpilih sebagai utusan yang amanah tersebut. Lalu Rasulullah bersabda: “Bangunlah wahai Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah.” Tatkala (Abu ‘Ubaidah) berdiri Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Inilah orang amanah umat ini.”
Di zaman moden ini juga ada ulama yang membolehkan sumpah muhabalah namun ia masih memegang prinsip hanya dilakukan setelah semua proses perundangan yang berlandaskan Islam dilalui baru sumpah muhabalah ini perlu dilafazkan dihadapan hakim mahkamah syariah. Bukan sumpah dulu baru bicara.
Persoalanya mudah Anwar Ibrahim sudah membuka fail aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, maka harus diadakan perbicaraan dalam mahkamah syariah. Kenapa takut membawa kes ini ke mahkamah syariah.
Namun kini masyarakat sakit kerana diberikan persepsi yang salah mengenai sumpah. Sumpah sudah menjadi seperti kenyataan media berbalas-balas dalam media bersumpah. - chegu bard