Grab the widget  IWeb Gator

Friday, April 29, 2011

[PANAS] Chua Soi Lek (MCA) Sokong Hapus Keistimewaan Bumiputera?


Dr Chua Soi Lek seperti yang dilaporkan oleh TMI menegaskan bahawa beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden  MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Biarpun kenyataan itu dilihat mahu mencabar PKR, namun kata-katanya  itu jelas menunjukkan sikapnya terhadap hak Bumiputera yang telah termaktub dalam Perlembagaan.

P/s: TM tidak sabar mahu mendengar suara pemimpin UMCO, PERKASA dan membaca tulisan jurublog pro-UMCO. 



Dr Chua Soi Lek Sedang Melelong Maruah UMNO


http://www.youtube.com/watch?v=qyhu_ItIt7Y&feature=player_embedded
Mungkin MCA sudah tiada idea lain yang lebih bernas untuk menarik sokongan masyarakat Cina ekoran kekalahan rakan sekutunya SUPP di Sarawak maka Presiden MCA Dato Sri Dr Chua Soi Lek memberi pengakuan akan mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Mengekalkan Hak istimewa orang Melayu yang terangkum dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia telah menjadi persetujuan bersama dalam Pakatan Rakyat(PR) semasa konvensyen di Shah Alam tahun 2009. Tidak mungkin disebabkan seorang tokoh konterversi Dr Chua Soi Lek maka PR akan berubah sikap.


Sebagai pemimpin senior dalam Barisan Nasional (BN) Dr Chua Soi Lek sewajarnya mendidik masyarakatmemahami mengapa adanya hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Hak Istimewa orang Melayu bukan menjadi halangan orang bukan Melayu untuk hidup selesa di negara ini. Hak Istimewa orang Melayu di lihat tempang kerana penghianatan UMNO yang berlindung di balik dasar ini untuk mengumpul kekayaan kroni-kroni mereka. Bermaksud jika tiada penghianatan UMNO dan negara diurus dengan adil dan saksama maka hak istimewa orang Melayu tidak menjadi perkara yang dipertikai. Tanpa penghianatan UMNO, orang Melayu sudah lama maju di negara ini. Jika orang Melayu sudah maju dan kedudukan ekonominya sudah seimbang dengan kaum-kaum lain maka saya percaya orang Melayu sudah tidak perlukan lagi tongkat hak istimewa orang Melayu lagi . Buat waktu ini hak istimewa orang Melayu masih diperlukan. Saya sangat kuatir permainan politik Dr Chua Soi Lek mengenai hak Istimewa orang Melayu akan menambah parah lagi salah faham antara kaum dalam negara ini.


Ada banyak perkara lain yang boleh menarik perhatian masyarakat bukan Melayu untuk mengundi MCA selain sentimen perkauman. Tetapi Dr Chua Soi Lek sengaja mencari populariti membangkitkan isu yang sensitif bagi menarik perhatian masyarakat Cina khususnya untuk menyokong MCA. Betapa murahnya harga perjuangan politik Dr Chua Soi Lek sehingga sanggup menjolok sarang tabuan demi mendapat secupak keuntungan politik. Keceluparan Dr Chua Soi Lek ini juga melambangkan kegagalan UMNO mengawalnya. Dr Chua Soi Lek umpama harimau yang sudah terlepas dalam kandang Barisan Nasional(BN). Hak istimewa orang Melayu adalah maruah UMNO. Memberi perakuan untuk mengundi PKR jika parti tersebut menggugurkan hak istimewa orang Melayu adalah umpama melelong maruah UMNO di pasar Batu Pahat. Dimana Pemuda UMNO ? Dimana Pemuda BN? Dimana Khiary Jamaluddin ? Saya cabar UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abd Razak, Pengerusi BN bertindak tegas terhadap keceluparan Chua Soi Lek.


Suhaizan Bin Kayat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular