Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti HASAD DENGKI, SOMBONG, TAKBUR, MENGUMPAT, RIAK DAN MEMBUAT FITNAH adalah dilarang oleh ISLAM
dan seburuk-buruk dan sehina-hina sifat. Sifat ini sangat dibenci oleh Allah SWT. Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, masyarakat sudah pasti akan menjadi kucar kacir dan huru hara hubungan diantara manusia. Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam. Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:
“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”
Umpat-mengumpat, fitnah memfitnah, hasad dengki diantara kaum Islam masih berluas-luasa berlaku sejak berzaman hingga ke hari ini dan mungkin berterusan, umpamanya masih terdapat mereka yang selepas bersolat di masjid-masjid atau surau-surau melakukan perkara-perkara seperti mengumpat sesama sendiri terutama ketika besembang di gerai-gerai atau warong sebelum pulang kerumah. Adakala apabila timbul isu politik, mereka lah orang yang bijak didalam bidang itu mengalahkan orang politik. Apabila terlalu jauh membicarakan hal-hal yang tidak begitu diketahui betul atau tidak perkara yang dibincangkan maka terjadilah perbuatan memfitnah orang-orang yang berkaitan.
Itupun baru hal-hal dengan cerita di warung, lagi bertambah teruk apabila membuat fitnah dan mengumpat didalam internet atau di laman-laman blog. Kadang-kadang kita terbaca bahawa umpat-mengumpat dan memfitnah di dalam laman blog tidak memberi apa-apa faedah kepada yang berbuat perkara tersebut. Ianya seakan-akan sedap membicarakan perkara yang diada-adakan atau perkara-perkara yang tidak diketahui sebenar-benarnya. Bukankah perkara ini di kategorikan sebagai fitnah. Oleh itu, jauhkan umpat-mengumpat kerana ia adalah sifat orang yang jahat dan rosak akhlak, ia sudah semestinya tidak layak diamalkan oleh orang Islam yang beriman. Tiada gunanya orang-orang yang mentaati suruhan Allah SWT seperti mengerjakan solat, berpuasa dan menurut perintah Allah SWT tetapi masih terus membuat fitnah dan umpat-mengumpat sesama umat Islam sendiri.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjauhkan buruk sangka, kerana buruk sangka itu setengah daripada dosa besar, janganlah kamu mengintai dan janganlah kamu mencerca serta mengumpat, setengah kamu akan setengah lain. Apakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati? Nescaya kamu takut kepada Allah bahawasanya Allah itu Penerima taubat”.
(Surah “al-Hujurat: Ayat 12)
Ayat diatas menjelaskan bahawa umat Islam dilarang menyimpan hasad dengki didalam hatinya keatas saudara-saudara Islam yang mendapat nikmat kurniaan daripada Allah SWT apatahlagi mengumpat saudara-saudaranya sendiri. Perbuatan ini terlalu keji disisi Allah SWT. Allah SWT telah berjanji akan memasukkan umatNya yang mengumpat, memfitnah bangsa sendiri, negara dan sebagainya ke neraka jahanam sekiranya mereka ini tidak sempat memohon apun dan bertaubat kepada Allah SWT dan manusia yang dikatakannya itu.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. bersabda, mafhumnya:
“Wahai orang yang beriman dengan lisannya sahaja dan meimanannya itu meresap kedalam hatinya, janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin, janganlah pula menjejaki keburukan mereka, sesiapa yang menjejaki keburukan mereka maka Allah SWT akan menjejaki keburukannya dan barangsiapa yang dijejaki kerburukannya oleh Allah SWT maka Allah SWT akan menyingkap keaibannya sekalipun ia berada di dalam rumah”.
(Riwayat: Abi Barzah al-Aslami R.A.)
Janganlah kita lupa diri kerana banyaknya nikmat Allah SWT yang telah kita terima dan rasa sepanjang hayat kita didunia ini. Jauhkanlah perkara-perkara yang boleh membawa kepada perselisihan, kerana kita sebagai umat Islam adalah bersaudara dari satu agama dan keturunan. Kepada yang pernah melakukan perkara-perkara yang di larang oleh Allah SWT hendaklah segera bertaubat kerana takut sekiranya kita tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT dan memohon ampun sesama manusia maka kita dimasukkan ke neraka.
Baca selanjutnya di (SINI )