IPOH: MIC dilihat terdesak untuk meraih sokongan apabila menerima semula tiga bekas pemimpin yang disingkir.
Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri, Harcharn Singh(Gambar) berkata, kemasukan mereka ke dalam MIC tidak membawa apa-apa perubahan dalam parti itu.
Beliau berkata, masyarakat India tidak lagi berminat dengan parti yang gagal membela rakyat walaupun lama bersama Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak nampak apa pentingnya mereka kembali ke pangkuan MIC kerana parti itu bukan lagi pilihan masyarakat India.
“Kemasukan tiga pemimpin itu juga tidak akan membawa perubahan kepada MIC malah parti itu akan terus menjadi liabiliti kepada BN,” katanya.
Menurutnya, rakyat kini lebih percaya Pakatan Rakyat (PR) walaupun tidak memerintah negeri.
Katanya, kerja membela rakyat lebih banyak dilakukan PR berbanding BN.
“Kita yakin PR akan terus menjadi pilihan dan relevan untuk rakyat berbanding BN yang terus tenggelam dengan pelbagai masalah dalam masing-masing,” katanya. -SH
Artikel Berkaitan : Tiga pemimpin MIC pusat terkejut dengan keputusan parti itu