Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, April 26, 2011

"KITA AKAN DEDAHKAN BILA SESUAI"


SUBANG, 26 April — Polis tidak teragak-agak untuk mendedahkan “si pelaku” dalam video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada umum sekiranya perlu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar dipetik media hari ini.

“Siasatan masih lagi dijalankan. Apa jua perkara yang kita perlu dedahkan kepada umum kita akan dedahkan, yang mana perkara yang tak perlu kita dedahkan kita tak perlu dedahkan,” kata beliau dipetik Bernama Online.

“Bagi pihak kami (polis) siasat dahulu, apabila sampai masanya polis akan beritahu siapa pelakunya dan kita masih siasat kes ini di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” katanya selepas Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara di sini pada hari Selasa.

Ditanya mengenai sebab Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes berkenaan, Khalid menegaskan bahawa ia merupakan prosedur biasa dalam melengkapkan kertas siasatan sesuatu kes.

“Kita dah siapkan kertas siasatan itu, sudah tentu kita akan hantar kertas siasatan kepada pejabat Peguam Negara. Sekiranya dia (Peguam Negara) melihat terdapat perkara-perkara yang belum jelas pada kertas siasatan itu i akan dipulang semula kepada kita.

“Dengan ini kita akur dengan apa jua arahan yang diberikan pada kita. Ini proses biasa dan kemungkinan kita akan serahkan semula kertas siasatan kepada Peguam Negara minggu ini,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular