Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, April 27, 2011

"Ratib" 13 Mei bermula!!!


Nampaknya 13 Mei makin dekat. Ini peluang bagi UMNO dan Utusan Melayu sebagai lidah rasmi mereka untuk sekian kalinya membohongi sejarah 13 Mei. Api perkauman akan disemarakkan seolah-olah Malaysia nak terlingkup dek angkara bangsa Cina. 

Perhimpunan di Kedah dijangka sebagai permulaan pertama. Bukan tak tahu peranan Ibrahim Ali ketika Mageran di Kelantan dan kini Ibrahim bakal memainkan peranan untuk meniupkan kembali sisa-sisa perjuangan rasis beliau sebelum beliau meninggal dunia politik maupun dunia fana' ini.

Turut sama menyemarakkan api ini adalah bekas PM, Mahathir yang sudah mencium, apa akan jadi jika BN kalah dalam Pru-13 nanti. Betapa terdesaknya UMNO apabila menggunakan PERKASA bahkan sanggup mengedar Sms palsu seolah program tersebut turut akan dihadiri MB Kedah.

Selepas daripada pilihanraya Sarawak, meskipun BN memperolehi 2/3 tetapi UMNO nampaknya semakin meroyan. Kenapa? Entahlah. Sekarang ini dok melalut dengan menghunus keris kontotnya kearah MCA, regu BN sendiri. Nampaknya pertembungan antara 1Melayu 1Bumi VS 1Malaysia. Nampaknya UMNO sudah kecewa dengan regu cina mereka sendiri khususnya MCA dan Gerakan. Apatah lagi Parti Supp di Sarawak udah dibuat sup tulang apabila Presidennya sendiri tenggelam.

Nampaknya sunnah alam tak mampu ditahan. UMNO dan akhbarnya yang lebih separuh abad sudah lama dikemuncak. Sekrang rakyat semakin muak dengan agenda fitnah mereka. Hari ini rakyat sudah tidak mempercayai mereka lagi dan apabila MCA, sebagai rakan sekutu BN sendiri mengajak untuk memulau Utusan Melayu.. maka sudah Nampak bibit-bibit kiamat buat suara UMNO tersebut.

Kira-kira 50 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berhimpun di depan ibu ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur kerana membantah gesaan parti itu supaya memboikot Utusan Malaysia. 
Mereka melaungkan slogan "Hidup Melayu", "Hidup Utusan Melayu" dan bertakbir selain membawa poster bertulis "MCA jangan main api".
Menganggap akhbar itu sebagai pembela orang Melayu, Setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali berkata perhimpunan itu diadakan kerana MCA terus menyentuh sensitiviti kaum itu. "MCA tidak pernah berhenti mendesak... Kalau teruskan dia akan terima padahnya. "Kalau sentuh sensitiviti orang Melayu, kita sanggup tidak sokong mereka lagi," kata Syed Hassan kepada pemberita selepas perhimpunan ringkas sepuluh minit.

Sebelum itu, pihaknya juga menghantar "notis amaran empat perkara" kepada pemimpin tertinggi MCA yang kandungannya tidak didedahkan kepada media. Notis berkenaan diterima oleh seorang setiausaha kepada Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

Hah baguslah! Bila pulak MCA nak demo depan PWTC? bagus jugak tu. Kalau orang Melayu tak sokong MCA, GERAKAN. Dan Cina, India serta Melayu yang sedar tak lagi menyokong UMNO. Maka datanglah sakaratulmaut buat mereka.
Pru akan datang, kalau rakyat pakat undi PR dan apabila bukan BN yang memerintah lagi, kita akan lihat Utusan Melayu menjadi akhbar seperti Harakah. 2 kali seminggu keluarannya dan dicop"Untuk Ahli Umno Sahaja" atau akan jadi seperti Suara Keadilan yang keluar tanpa permit.

Jadi apabila bulan Mei sudah dekat. Jadi faham-faham ajelah. Mereka akan mulakan ratib nasionalisme rasis melayu..melayu mereka bagi memanjangkan jangka-hayat mereka untuk menipu orang melayu lagi? Melayu manakah akan tertipu lagi??? ustsaifulbahri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular