Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, April 28, 2011

Zambry buat lawak..


MB dan Exco Kerajaan BN Perak Tidak Tahu Rancangan Bina Loji Pemprosesan Nadir Bumi di Bukit Merah? Logikkah kah kah kah???


Semalam DCM ada menterjemah berita dari FMT berkaitan dengan hal ini. Anda boleh baca di sini. Di bawah ini pula ialah respons kerajaan negeri berkaitan dengan hal itu.
[TMI] KUALA LUMPUR, 28 April — Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan meminta penjelasan daripada sayap pelaburan kerajaan negeri ekoran laporan bahawa satu perjanjian telah dibuat dengan firma dari Hong Kong untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu baru-baru ini — perkembangan yang menimbulkan kebimbangan baru selepas tragedi Bukit Merah.

Menteri Besar menekankan bahawa perjanjian dibuat itu hanya satu memorandum persefahaman antara Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan CVM Minerals Limited dari Hong Kong.

Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Lumut ini, PKNP seharusnya telah memaklumkan beliau sebelum menandatangani MoU seumpama itu memandangkan ia membabitkan kepentingan ramai.

“PKNP sewajarnya telah memaklumkan kepada saya kerana ia satu topik sensitif, berkaitan dengan radiasi dan kesihatan awam.

“Saya akan mengarahkan (PKNP) supaya memberi penjelasan kepada saya terlebih dahulu esok,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat semalam.

Sebuah syarikat Hong Kong dan kerajaan Perak dilaporkan telah bersetuju untuk menerokai dan melombong nadir bumi di negeri itu - perkembangan terbaru di sebalik kontroversi loji pemprosesan Lynas Corporation di Gebeng, Pahang.

Pemakluman bertarikh 18 April kepada Bursa Saham Hong Kong menunjukkan CVM Minerals Limited telah mengumumkan yang ia telah menyertai MoU dengan PKNP  untuk menjalankan projek itu di Bukit Merah dekat Ipoh.

Syarikat Hong Kong itu, menerusi subsidiari CVM Metal Recycle Sdn Bhd telah memohon kepada pejabat tanah dan galian negeri satu lesen untuk menerokai kawasan seluas 250 hektar bagi melombong nadir bumi.

Bukit Merah merupakan kawasan bagi loji nadir bumi di Malaysia 20 tahun lalu, yang masih berhadapan dengan kerja-kerja pembersihan RM300 juta.

Semasa dihubungi, Exco Kerajaan Negeri bagi perindustrian dan pelaburan Datuk Hamidah Osman juga berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai projek itu.

Zambry yang juga Pengerusi PKNP menambah, sebarang projek nadir bumi di negeri itu akan tertakluk kepada standard sama, yang diperlukan oleh kerajaan persekutuan, yang dikenakan ke atas loji Lynas ekoran protes penduduk tempatan dan pertubuhan bukan kerajaan sejak beberapa bulan lalu.

Kata Zambry, ekoran tumpuan ramai selepas krisis nuklear di Jepun selepas bencana berganda bulan lalu dan isu loji Bukit Merah, beliau tidak gembira  kerana PKNP tidak memaklumkannya mengenai MoU dengan CVM.

Aktivis alam sekitar menimbulkan kebimbangan akan sisa radioaktif yang bakal dikeluarkan dan disimpan di kompleks loji pemprosesan Lynas di Gebeng, dengan merujuk kepada nasib yang menimpa Asian Rare Earth milik, yang dikaitkan lapan kes leukemia termasuk tujuh kematian.... 
P/s: Di mana logiknya, MB dan Exco bagi perindustrian dan pelaburan negeri tidak tahu akan hal ini? Adakah agensi kerajaan negeri memandai-mandai dalam hal ini? Yang menariknya, MB Zambry dan Exco Hamidah, kedua-duanya sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi!

"Bungkuskan" BN dalam PRU 13!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular