Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

AdaKah Isu Rogolmah & Suk telah menenggelamkan ISU RAKYAT????


Trend kenaikan harga barangan keperluan harian ini hakikatnya begitu menjadi-jadi sejak setahun dua ini. Rakyat kian mengeluh setiap kali pulang dari membeli barangan keperluan. Membeli barangan dapur, baranganbasah di pasar, keperluan persekolahan anak-anak, rakyat mengeluh mahal.

Dulu-dulu rakyat menganggap kenaikan ini perkara biasa yang terpaksa diterima akibat alasan yang lunak yang didodoikan ke telinga. Namun kini rakyat tidak lagi terasa kenyang dan senang dengan alasan-alasan kerajaan UMNO/BN menjustifikasikan kenaikan harga barangan harian mereka. Kebanyakan rakyat melihat kenaikan harga barangan berlaku secara tidak wajar maka mula menilai sikap, kejujuran dan keprihatinan kerajaan UMNO/BN terhadap mereka.

Rakyat tidak bodoh lagi untuk menerima alasan kerajaan UMNO/BN bahawa kenaikan harga minyak yang begitu tinggi itu sedangkan hakikatnya Malaysia adalah negara pengeluar minyak yang kaya. Bagi rakyat perbandingan harga minyak di Malaysia dengan harga minyak di Thailand dan Singapura adalah perbandingan yang paling bangang dan bahlul yang penah didengar!

Kenaikan harga minyak petrol RON97 baru-baru ini sebanyak 10 sen menjadikannya RM2.40 seliter dan kenaikan harga bawang, walaupun ia dijanjikan tidak akan dinaikkan oleh pemimpin Umno-BN sebenarnya hanyalah jaminan palsu yang cukup menyakitkan kehidupan rakyat.
Dengan ungkapan jaminan yang penuh putar belit dari mulut para pemimpin UMNO/BN terutama dari mulut menteri yang menjaga harga barangan itu, dapatkah diyakini harga minyak RON95 tidak akan dinaikkan sedikit masa lagi? Aku tak percara langsung!

Rakyat tidak bodoh sekali lagi untuk menerima jaminan Menteri UMNO/BN bahawa kekurangan minyak masak di pasaran bukan alasan untuk menaikkan harga minyak masak sedikit masa lagi terutama selepas Tahun Baru Cina. Bolehkah dipakai dan dipercayai jaminan tersebut? Dan yang paling rakyat tidak boleh terima ialah kekurangan minyak masak itu sendiri di pasaran sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak sawit utama dunia.

Rakyat ingin bertanya kepada kerajaan UMNO/BN yang cuai dan tidak bertanggungjawab, Malaysia sebagai negara pengeluar sawit utama dunia, ke mana hilangnya minyak masak sawit dari pokok-pokok kelapa sawit yang penuh menghutani bumi Malaysia ini? Dicurah ke mana? Atau monyet di hutan disusukan, anak dipangkuan dibangsatkan?

Beberapa tahun dulu berlaku kekurangan beras di bumi subur Malaysia yang tidak sepatutnya berlaku. Apakah sedikit masa lagi kekurangan beras akan berlaku kembali? Tidak mustahil nampaknya kerana trend kekurangan barang-barang keperluan rakyat marhaen ini semakin menjadi-jadi kini dan harga beras tidak keterlaluan akan naik juga!

Sikap kerajaan yang suka menaikkan harga minyak dan barangan keperluan cukup menekan kehidupan rakyat. Benar, di Malaysia masih belum terdengar ada orang yang mati kebuluran tetapi penderitaan dan kesusahan rakyat tidak semestinya dengan kebuluran berlakunya di kalangan mereka. Namun kita sering membaca di media dan akhbar-akhbar tempatan, senario di bawah yang memang wujud di negara ini walaupun negara telah merdeka 53 tahun dan bakal katanya menjadi negara maju pada 2020 nanti. Apakah senarionya ?:

  1. Hidup kais pagi makan pagi, banyak berlaku,
  2. Makan bercatu sekali sehari,
  3. Kehidupan bergantung kepada ihsan jiran
  4. Majoriti rakyat berpendapatan rendah yang berhutang dan
  5. Kehidupan rakyat yang tidak mempunyai peluang menyimpan wang secara bulanan – terpaksa mendahulukan keperluan hidup harian.

Beberapa senario di atas menggambarkan betapa susah dan tidak standardnya rakyat Malaysia terutama orang Melayu yang ramai masih miskin (penyokong kuat UMNO/BN) di bawah kerajaan UMNO/BN yang diuar-uarkan sebagai pembela yang berjaya memajukan rakyat dan menghapus kemiskinan.

Jelas bahawa kenaikan harga barangan telah berlaku secara tidak berasas dan tidak munasabah dalam period ini. Namun kerajaan UMNO/BN sama ada tidak sensitif dengan membiarkannya berlaku atau sebenarnya tidak effisyen menghalang kenaikan harga barangan keperluan rakyat.

Memang rakyat negara ini sudah begitu terasa kesan kenaikan harga barangan harian. Kalau rakyat di negara lain telah ada yang merusuh di jalanraya kerana tekanan kenaikan harga barangan keperluan ini, namun rakyat Malaysia masih belum terdesak untuk berbuat demikian. Walaupun begitu sebelum keadaan itu berlaku secara spontan dan menekan kehidupan lebih parah, adalah lebih waras jika seluruh rakyat menganggap apa yang berlaku itu merupakan kegagalan besar kerajaan UMNO/BN. Kerajaan UMNO/BN gagal kerana sikap yang tidak prihatin rakyat, ego, pemboros, pembazir, tidak amanah, tidak cekap, hilang moral dan integriti.

Maka itu kerajaan ini perlu diganti oleh kerajaan lain yang lebih cekap dan bersih melalui proses pilihanraya khususnya dalam PRU ke 13 nanti. Dalam kontek ini Pakatan Rakyat (PAS, PKR, dan DAP) adalah pilihan yang bijak untuk rakyat melegakan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular