Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

Taib mula guna polis


PRU Sarawak - Taib Mahmud Mula Bertindak Ganas Terhadap NGO

SHAH ALAM 7 Jan. : Laman portal sarawakreport.org mendakwa Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan Umno-Barisan Nasional telah melancarkan beberapa siri serbuan terhadap pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu dalam tempoh 24 jam.


Malam semalam, Taib didakwa mempergunakan pihak polis bagi menahan dua kumpulan NGO berprofil tinggi dalam masa kurang beberapa jam.

Kedua-dua kumpulan tersebut telah diugut dengan tuduhan memiliki bahan-bahan berunsur menghasut, tetapi kemudiannya dibebaskan.

Bahan-bahan itu termasuk cakera padat rakaman program Radio Free Sarawak, yang beroperasi sebagai badan bebas daripada pengaruh politik di Malaysia tanpa lesen daripada kerajaan, dan juga video klip daripada stesen TV alternatif Sarawak, Bebas.

Dalam artikelnya semalam, Sarawakreport.org turut memaparkan beberapa gambar eksklusif serbuan polis ke atas permis Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), di Kota Sentosa, Kuching.

Pegawai polis berpakaian preman diiringi pegawai dari Kementerian Dalam Negeri menyerbu dan merampas cakera padat, mesin pencetak serta beberapa keping 'leaflet' dan poster.

Ilustrasi 'leaflet' itu secara ofensif menggambarkan Sarawak seperti lembu susu yang sedang diperah oleh Taib dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga kering.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung organisasi itu Nicholas Mujah bersama dua pembantunya telah dibawa ke balai polis untuk disoalsiasat hingga pukul 3 pagi sebelum dibebaskan.

Pihak polis turut merampas peralatan daripada pejabat mereka, kumpulan itu dipercayai kemudian dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular