Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

PERKASA tolak suruhanjaya diraja kes Teoh


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak kerajaan persekutuan tidak meneruskan cadangan menubuhkan suruhanjaya diraja berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan itu tidak perlu memandangkan penghakiman terbuka dalam inkues sebelum ini memutuskan punca kematian Teoh bukan kerana bunuh diri atau dibunuh.

"Ia (keputusan) mahkamah terbuka. Jadi maksudnya, kita serah kepada polis untuk disiasat (punca kematian).

"Kalau ada yang bersalah, dia boleh didakwa. Kenapa hendak sibuk dengan suruhanjaya. Jadi, ia tidak menghormati keputusan inkues, keputusan mahkamah," kata Ibrahim.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi PERKASA di ibu negara petang ini, Ibrahim secara sinis berkata pihaknya terperanjat "atas keterbukaan dan baiknya kerajaan" menubuhkan suruhanjaya itu.

Anggota parlimen Pasir Mas itu juga berkata inkues yang berlangsung telah berjalan dengan telus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular