Perlu Undi BN
by Sutera Biru on Friday, January 7, 2011 at 10:09pm
Ka Siong bersama Markom telah berkempen awal supaya guru-guru menyokong calon BN dalam PRK Dun Tenang.
Mereka juga telah mengarahkan supaya mesyuarat PIBG ditambah dengan program sampingan dipercepatkan Januari ini yang setiap tahun diadakan pada bulan Mac.
Sumber ( Tinta Hijau )
Jabatan Agama Islam Johor
Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) juga telah turun ke Dun Tenang bersama Penasihat Agama Johor, Dato’ Noh Gadut. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli juga dimaklumkan telah turun berkempen walaupun hanya ada 100 orang.Tindakan ini membuktikan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) rela menjadi `kuda tunggangan’ BN kerana membenarkan BN berkempen sebelum hari penamaan calon.
-Pendedahan ini dibuat oleh Ketua Penerangan PAS Johor merangkap Timbalan Pengarah 1 Jentera Operasi PRK DUN Tenang, Mazlan Aliman.
Sumber ( Tinta Hijau )