Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

Peguam hak asasi disiasat bawah Akta Hasutan


Cengkam sebelum pilihan raya Sarawak?
Peguam hak asasi disiasat bawah Akta Hasutan

Peguam hak asasi manusia, Abun Sui Anyit yang berprihatin terhadap isu hak tanah penduduk asli telah ditangkap polis, malah disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948.  Beliau yang membawa cakera padat Radio Free Sarawak dan TV Free Sarawakbersamanya, ditangkap di Lapangan Kapal Terbang Kuching, ketika check in untuk terbang ke Miri.

Abun Sui Anyit (gambar kiri) dijadualkan penerbangannya pada 7.30 petang.  Sebagaimana yang difahamkanMerdekaReview, polis telah merampas cakera padat yang dibawa Abun Sui Anyit, dan menyoal-siasat beliau di bawah Akta Hasutan 1948.  Beliau dibebaskan dengan ikat jamin polis pada 3.30 pagi hari ini, dan dikehendaki untuk melaporkan diri di balai polis pada 7 Februari.

Selain itu, pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyerbu ke pejabat SADIA (Sarawak Dayak Iban Association), dan merampas lebih 1000 keping cakera padat, semalam.  Setiausaha Agung persatuannya, Nicholas Mujah dibawa untuk disoal-siasat bawah Akta Filem (Penapisan) 1952.

Ketika dihubungi MerdekaReview melalui panggilan telefon, Abun Sui Anyit berkata dirinya pergi ke Kuching untuk berjumpa dengan anak guamnya.  Selepas itu, beliau berjumpa dengan kawannya Nicholas Mujah, yang menyerahkan kira-kira 200 cakera padat kepadanya.  Menurut Nicholas Mujah, cakara padat (CD dan VCD) tersebut adalah rakaman rancangan Radio Free Sarawak dan TV Free Sarawak.  Bagaimanapun, Abun Sui belum pernah mendengar atau menonton rancangan tersebut.

Abun Sui, yang juga anggota aktif PKR, tidak perasan dengan apa-apa kesan yang luar biasa ketika berada di lapangan terbang, sehingga polis menangkapnya sebelum beliau masuk untuk meninggalkan Kuching.  Beliau dibawa ke balai polis dalam lapangan terbang, ditahan di situ sehingga jam 11 malam.  Beliau kemudiannya dibawa ke balai polis Miri untuk diambil keterangan, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis pada jam 3.30 pagi.

Abun Sui menganggap penangkapan ini mungkin mempunyai motif politik.  "Saya pergi ke Miri untuk bekerja, dan membawa CD / VCD ini kerana kebetulan.  Saya bukan pergi dengan sengaja untuk mengambil CD dan VCD tersebut," katanya kepadaMerdekaReview.

SAIDA diserbu
Di samping itu, menurut blog Sarawak News, enam orang pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyerbu ke pejabat SADIA pada 11.30 malam, selepas Abun Sui ditangkap.  Lebih 1000 keping cakera padat dirampas, malah kereta Nicholas Mujah juga ditahan.  Dua orang rakan sekerja Nicholas diarahkan untuk pergi ke balai polis Satok, bersama Nicholas.

Pegawai KDN membuat aduan di balai polis bahawa mereka telah melanggar Akta Filem (Penapisan) 1952.  Dua jam digunakan pegawai KDN untuk mengira dan merampas cakera padat ini, termasuk dua buah mesin fotostat.

Nicholas (gambar kiri, pertama dari kanan) dibawa ke KDN untuk mengambil keterangan, sementara dua orang rakan sekerja, bersama peguamnya See Chee How dan Dominique Ng menunggu di luar.  Pada jam 4.30 pagi, Nicholas dibawa ke balai polis Simpang Tiga untuk diikat jamin seorang pegawai polis senior, sebelum dibebaskan pada 5.30 pagi.  Nicholas perlu melaporkan diri semula di balai polis pada 7 Februari.

Sekumpulan aktivis sosial di Sarawak telah menubuhkan Radio Free Sarawak pada 15 November, untuk menyebarkan maklumat alternatif kepada penduduk Sarawak, sebagai langkah untuk menembusi monopoli informasi kerajaan menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Radio Free Sarawak hanya menyiarkan rancangan sejam setiap hari, pada jam 6.30 hingga 7.30 pagi (saluran 7590kHz) dan jam 6 hingga 7 petang (saluran 15680kHz), dengan bahasa Iban dan bahasa Melayu sebagai pengantarnya.  Kandungan utama rancangan penyiaran adalah berita dan komentar.

TV Free Sarawak pula memulakan penyiarannya sejak Disember, dan hanya dua rancangan disiarkan setakat ini.  Rancangan yang mengambil masa sejam ini dipersembahkan dengan buletin, kandungannya pula berkisar pada tanah adat penduduk asli, kesan pembalakan terhadap penduduk asli dan sebagainya.

Tangkapan semalam berlaku pada hari-hari menjelang pilihan raya negeri Sarawak, mengundang pertikaian bahawa ia dilakukan untuk mencengkam kebebasan bersuara.

*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular