by kamisokongpas | O |
Desas-desus mengatakan bahawa bakal berlaku satu pertandingan tiga penjuru di Dun Tenang sebenarnya bukanlah satu rahsia lagi.Selain Pakatan Rakyat yang telah pasti diwakili Pas menentang Umno,dikhabarkan akan ada seorang calon bebas yang berminat untuk menjadi calon ketiga dalam Pilihanraya Kecil Tenang yang bakal berlangsung kurang sebulan daripada sekarang.
Teka-teki calon Pas dan Umno masih menjadi tanda tanya biarpun terdapat beberapa nama yang telah disenarai pendek untuk menjadi calon mewakili parti masing-masing.Apapun,kriteria utama yang menjamin kemenangan seseorang calon dalam Pilihanraya kecil ini,bukan sahaja terletak pada kelayakan akademik mahupun kebolehan lain,tetapi lebih daripada itu perlu kepada seorang anak tempatan.Hal ini memandangkan kawasan Tenang dilihat bersifat lokal,di kawasan pedalaman yang hampir serupa keadaannya dengan Dun Galas yang memiliki banyak tanah rancangan.Bezanya,Tenang dilihat mempunyai banyak kawasan tanah rancangan Felda.Untuk rekod,terdapat tiga buah Felda di kawasan Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.
Apa yang menariknya,pertembungan tiga penjuru yang khabarnya akan terjadi di Dun Tenang adalah disebabkan hasrat sebuah NGO India iaitu PRIMA - Persekutuan Pertubuhan India Malaysia bagi meletakkan calon mereka sendiri di Dun Tenang.Apapun,tindakan mereka itu adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan,kerana ianya dibuat hanya disebabkan oleh sebuah novel yang bernama Interlok. Jika ini berlaku, penulis Interlok yang juga Sasterawan Negara,Abdullah Hussin boleh menganggap perkara ini sebagai kejayaan terbesarnya,lebih daripada kejayaan mendapatkan beribu-ribu orang pembaca semenjak novel ini ditulis.
Secara peribadinya,penulis sendiri pernah membaca novel tersebut ketika berada dalam Tingkatan Dua. Sebuah novel yang agak mendatar penceritaan pada mulanya,bertukar seronok apabila dibaca dari helaian ke helaian yang lain,terutamanya kejujuran penulis dalam menceritakan situasi dan konflik perkauman sebenar di negara kita.Sebagai seorang yang ingin melihat kepada perpaduan dan integrasi nasional,Interlok perlu diangkat sebagai karya seni yang tidak hipokrit dan bodek,mampu memberi makna kepada setiap pembaca. Penceritaan mengenai bagaimana taukeh kedai runcit berbangsa Cina cuba mendapatkan tanah orang Melayu melalui pemberian hutang,sikap orang Melayu yang tidak suka berusaha dan kedaifan orang Cina dan India di negara asal adalah satu realiti.Adakah kita semua tidak mahu akur kepada realiti kehidupan?
Seperti yang telah dijelaskan oleh Seniman Paksi Rakyat (Seniman),tulisan yang dikatakan menghina kaum India itu cuma terletak pada perkataan kasta paria,satu kasta yang cukup hina di India.Penulis melihat penafian daripada NGO India terhadap tulisan ini adalah berpunca daripada keputusan Kementerian Pelajaran menjadikan Interlok sebagai karya teks wajib dalam Komponen Sastera Tingkatan Lima. Bagi penulis,tindakan Abdullah menceritakan perkara itu perlu dilihat daripada sudut tatabahasa itu sendiri. Dalam aspek bahasa,kaedah penceritaan dalam Interlok dilihat menggunakan kaedah penceritaan orang ketiga serba tahu.Ini bermakna,sepanjang jalan penceritaan itu,kita seolah-olah mendapatkan cerita tersebut daripada penceritaan seseorang.
Justeru,ruang lingkup penceritaan tersebut terbatas pula kepada perspektif seorang individu,yakni penulis bagi buku itu sendiri.Sebagai seorang penulis novel,memasukkan fakta bukanlah wajib.Itulah kuasa penulisan. Fakta digunakan sebagai penguat jalan cerita,tetapi tidak semestinya fakta itu perlu untuk bercerita.Dalam penulisan ini,perlu dilihat kembali tajuk bagi subnovel ini iaitu Keluarga Maniam.Justeru,konsep penceritaan, dan apa jua fakta yang tergunapakai dalam subtopik ini adalah ditujukan kepada Keluarga Maniam terbabit.
Oleh itu,jika dikatakan mereka yang berada di dalam kapal tersebut adalah kasta paria sekalipun,itu terletak dalam ruang lingkup cerita terbabit,di mana berkemungkinan hanya kapal terbabit sahaja yang dipenuhi golongan paria,dan kapal-kapal lain adalah tidaklah dinyatakan pula kastanya.Lainlah jika penulis buku tersebut mengatakan semua kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu sebagai paria,maka barulah boleh dikatakan sebagai menipu fakta.
Jika kita ingin berfakta,perlu dilihat juga cara kedatangan kaum India ke Tanah Melayu. Terdapat banyak kaedah kedatangan kaum tersebut ke negara kita.Contohnya adalah melalui sistem Buruh Banduan.Melalui sistem ini,para banduan daripada India dibawa masuk ke Pulau Pinang sekitar tahun 1824 bagi menjadi buruh untuk Jabatan Kerja Raya (Public Works Dept).
Kemudiannya,wujud pula kemasukan secara berkontrak(indentured labour). Melalui sistem ini,ramai buruh India yang ditipu dan berlakunya pemerasan dan penganiayaan.Akhirnya,sistem yang lebih teratur digunapakai iaitu Sistem Kangani (sistem mandur),di mana para mandur mendapatkan para buruh melalui perantaraan dengan ketua-ketua kampung di India.Justeru,melalui beberapa opsyen kemasukan sebegini,maka mereka yang bertaraf kasta berlainan turut sama berhijrah ke Tanah Melayu,tidaklah hanya mereka yang berkasta paria semata-mata.Apapun,kasta paria yang digunakan dalam novel tersebut ingin menunjukkan suasana kesukaran orang India menjadi imigran.Tetapi lebih daripada itu,turut menyelitkan beberapa nilai positif termasuklah yakin pada diri walaupun berkasta rendah.
Justeru,kemarahan NGO India terbabit terhadap satu fakta yang diguna penulis terbabit adalah seperti tidak kena pada tempatnya,memandangkan si penulis tentunya membuat kajian dan bacaan terperinci terhadap kaum India sebelum beliau mengarang.Oleh itu,apa jua tulisannya itu,berdasarkan sudut pandang orang ketiga,berdasarkan sentimen masing-masing.
Apapun,jika benar PRIMA bertekad untuk meletakkan calon mereka dalam Pilihanraya kecil Dun Tenang nanti, undi tumpuan bukan lagi terletak pada undi Felda dan masyarakat Cina semata-mata,tetapi lebih daripada itu,melihat pergerakan undi masyarakat India di Dun Tenang di dua buah peti undi majoriti pengundi India iaitu di UPU Ladang Bukit Dato dan Ladang Labis Utara.
Persoalannya,ke manakah undi pengundi India yang berjumlah sekitar hampir 1800 orang tersebut akan pergi?Adakah mereka sepakat menyokong calon bebas tajaan PRIMA,calon Pas ataupun calon Umno? Itu juga sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.
Dalam pilihanraya umum yang lalu,dianggarkan sekitar 58% pengundi India telah mengundi calon Umno manakala bakinya condong ke arah Pas.Pun begitu,peratus pengundi yang memilih Pas di Ladang Labis Utara adalah hampir mencecah 50 peratus manakala di Ladang Bukit Dato pula,Pas hanya berjaya mendapatkan sekitar 30% undi dari kaum India.Apapun,peratusan itu pastinya bakal berubah secara signifikan dalam Pilihanraya kecil kali ini sekiranya calon bebas berketurunan India diletakkan di Dun Tenang.
Oleh itu,undi penentu bagi menjamin kemenangan seseorang calon sekarang bukan lagi terletak di tangan pengundi Cina dan India tetapi pada pengundi Melayu.Hal ini kerana penulis melihat kepada satu asas.Undi India mungkin bakal beralih angin kepada calon PRIMA,undi Felda pula sudah dipegang oleh Umno manakala Pas dijangka menerima undi Cina yang lebih banyak berbanding Umno.Justeru,untuk menang di kerusi terbabit,baki pengundi Melayu biasa bakal menjadi penentu kemenangan.Ini hanyalah satu prediksi, boleh jadi benar dan boleh jadi juga silap.
Apapun,bahang kehangatan PRK Tenang mula dirasai dengan usaha berterusan Pakatan Rakyat menggempur kawasan Felda dan Cina,manakala Umno pula mula sudah mula menggunakan taktik kotor untuk menggunakan kaunselor sekolah dan menyebarkan buku yang memburukkan Pas.Bagaimana pula dengan calon Bebas?Adakah anda akan bertanding ataupun itu hanyalah satu polemik dan gimik semata-mata?