Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

Walaupun nafi, SUK lama perlu disiasat


Ramli perlu disiasat, bukti sudah ada – Badrulamin

KUALA LUMPUR, 7 Jan. : Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrulamin Baharon mendesak tindakan penyiasatan dibuat terhadap bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Ramli Mahmud yang dipercayai mendalangi isu pelantikan SUK Selangor yang baru.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Badrulamin berkata, beberapa bukti sudah diperolehi berkaitan dengan isu tersebut dan penyiasatan secara terperinci mesti dijalankan.
“Mengikut penelitian saya, terdapat kemungkinan yang beliau mungkin terlibat kerana pihak kami sudah mempunyai beberapa bukti.
“Jika betul beliau terlibat, kita akan membawanya kemuka pengadilan kerana melibatkan pecah amanah, tidak taat dan tidak berpegang pada janjinya sebagai SUK,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan yang bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Selangor Datuk Ramli Mahmud dipercayai adalah dalang isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.
Ini berikutan, Khalid berkata, Ramli adalah individu yang memgemuka nama Datuk Mohamed Khusrin Munawi kepada istana Selangor pada 3 Disember tahun lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mahupun mana-mana Exco Selangor.
Khalid dilapor berkata, Ramli dikatakan berbuat demikian selepas mendapati nama Khusrin tidak ada dalam senarai tiga calon yang dipilih jawatankuasa khas yang dibentuk kerajaan negeri bagi memilih SUK yang baru.
Mengulas lanjut, Badrulamin menyifatkan perbuatan Ramli itu memburukkan imej dan kredibilitinya sendiri sebagai SUK yang seharusnya bersikap telus dan adil tanpa melibatkan pelbagai masalah selepas menamatkan perkhidmatannya.
“Dia tidak sedar bahawa jawatan sebagai SUK juga adalah amanah yang diberikan rakyat kepadanya selain berkhidmat untuk kerajaan Negeri. Sepatutnya apabila sudah mahu menamatkan perkhidmatan, Ramli mesti menjaga imejnya supaya tidak tercalar,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular