Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, January 6, 2011

Gambar sekitar demo 'haram' 5 Januari: Apabila demontrasi jalanan sudah di-HALAL-kan Umno..




Dahulu, muka2 inilah yang menyarung baju yang tertera perkataan "Demontrasi Jalanan Bukan Budaya Kita"..
Hari ini mereka menyarung pula baju tertera perkataan, "Demontrasi Jalanan sudah menjadi Budaya Kita"..

Gambar-gambar di bawah adalah gambar ketikamana demontarasi jalanan yang dianjurkan kumpulan pro-Umno pada 5 Januari lalu di Shah Alam..sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, dianggarkan 600 telah hadir...jika dahulu demo dianggap satu yang asing malah haram, hari ini ia merupakan satu keperluan bahkan 'wajib' bagi mereka..

Sikap munafik

Jika dahulu, mereka mencerca dan menghina hadirin yang menghadiri demo sebagai pengkhianat, golongan pengacau, mengganggu lalulintas, dan lain2 makian dna herdikan..hari ini mereka terpaksa menjilat balik air liur basi mereka..ya, kata2 nista terhadap demontarsi jalanan dan pihak pembangkang sudah tidak kedengaran lagi...

Segala2 hukum2 Islam yang digarapnya dahulu berkaitan hukum haram berdemontrasi kini sudah ditinggalkan jauh2..ianya kini sudah menjadi halal..namun yg peliknya, udang2 itu masih wujud dan hanya 'terpakai' untuk pembangkang..





Antara dua darjat

Bayangkan jika demo ini dianjurkan oleh PR, sudah tentulah berlaku sebaliknya..hal ini sedia maklum..kerana itu tidak pelik, sehingga kini hujah penulis mengenai isu demontrasi jalanan ini masih tidak terjawab oleh penyokong2 otai Umno...

Apa yang menghairankan (xhairan pun), pihak polis ternyata telah bertindak bias dan berlaku zalim (tidak adil), apabila langsung tidak menghalang atau menghentikan demontrasi ini sebagaimana lazimnya apabila ianya dianjurkan oleh pembangkang..mungkin benar telahan ramai orang, polis adalah 'kuda tunggangan' Umno..

Sebarkan..

Utk yg terakhirnya, penulis gesa pejuang maya pro Pakatan Rakyat supaya kumpul dan simpan bukti bergambar ini, dan hebahkan kepada masyarakat, bahawa Umno kini sudah menghalalkan demontrasi jalanan, dan yang penting, nyatakan sekali POLIS masih menjadi pak turut dan kuda tunggangan pihak pemerintah..ingat, ini penting bagi menjelaskan hakikat yg sebenar..

Akhir kalam, sebagaimana yang dibangkitkan sebelum ini, satu siri demontrasi terbesar akan diadakan sebelum berlangsungnya PRU ke-13 akan datang..perancangan harus dimulakan dari sekarang..usah bimbang, Malaysia sudah menghalalkan demontrasi jalanan..insyaAllah, anak muda akan turun untuk demo nanti sebagai menyahut 'cabaran' peserta demo pro-Umno semalam..fikir2kan..wallahua'lam..





















p/s: Artikel ini akan sentiasa dikemaskini sbg rujukan di masa hadapan..sila rujuk pada sidebar blog penulis..

Artikel berkaitan:
DEMO 5 Disember: Umno demo dibiar polis, PR demo dihalang polis
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular