Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

Satim Diman ganti Khir, Ketua Pembangkang baru di Selangor


SHAH ALAM 7 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Datuk Satim Diman dinamakan sebagai ketua pembangkang baru Selangor, menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang kini berhadapan dengan kes rasuah di mahkamah.


Umno Selangor memilih Satim, yang sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri, pada mesyuaratnya malam tadi.

Tempat Satim digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya, Datuk Mohd Zin Mohamed. Rombakan kecil ini dibuat ekoran keputusan Khir melepaskan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Semalam, mahkamah menetapkan kes Khir yang didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat, akan dibicara di Mahkamah Tinggi Shah Alam 6 Jun depan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular