Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 8, 2011

Dajjai nya di sini PAK !!!!!


NONE
from BIJAN 


Bekas Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud menafikan beliau menyerahkan cadangan penggantinya kepada Sultan Selangor tanpa memaklumkan perkara itu kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.



"Dan satu salinan kepada JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja," katanya.

Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Ramli berkata, beliau tidak terlibat langsung dalam menentukan Datuk Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor.

Berikut kenyataan penuhnya berhubung kontroversi pelantikan bekas pengarah Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor itu:


Saya tidak terlibat langsung dalam menentukan Dato' Kushrin sebagai SUK Selangor. Saya hanya terlibat dalam menyenaraikan calon-calon yang layak dipertimbangkan berdasarkan seniority (kekananan) dan saya percaya pada seniority

Sebanyak lapan nama layak dipertimbangkan dan Dato' Kushrin adalah calon kelima berdasarkan kekananan. 

Senarai ini telah disembahkan kepada DYMM Sultan Selangor, diserahkan kepada YAB menteri besar dan saya meminta beliau berbincang dengan DYMM Sultan.

Dan satu salinan kepada JPA untuk pemilihan bagi memastikan SUK Selangor orang Selangor dan mempunyai pengalaman bekerja di Selangor bagi mengetahui adat kerja. Senarai telah diserahkan lebih daripada tiga bulan sebelum persaraan saya. 

Mereka semua pegawai saya dan saya tiada preference kerana saya tiada personal interest (kepentingan peribadi). 

JPA telah menyenaraipendek tiga nama dan minta disembahkan kepada DYMM Sultan seperti yang dititahkan, berdasarkan integiriti, kredibeliti dan pengalaman. Nama Dato' Khushrin yang teratas dan dua nama lain. 

Saya telah bertanyakan senarai negeri beberapa kali daripada (exco Selangor) Dato' Hasan (Ali). Kali pertama dimaklumkan belum selesai wawancara Dato' Nordin yang bercuti dan sekali lagi dimaklumkan telah diserahkan kepada YAB Menteri Besar. 

Saya perpendapat perkara ini akan di bawa untuk berbincang sendiri dengan DYMM Sultan Selangor. Saya telah kemukakan tiga calon JPA kepada DYMM Sultan Selangor. 

Dan DYMM Sultan telah perkenan Dato' Kushrin melalui surat kepada saya yang disalinkan keapda YAB MB. Saya telah memanjangkannya kepada JPA dan perkara ini masih embargo sehingga pengumuman dibuat oleh JPA. 

Saya didakwa tidak memaklumkan kepada EXCO kerana saya kira kalau hendak pecahkan rahsia biarlah YAB menteri besar sebab beliau juga mendapat salian surat kerana sebagai YAB MB beliau biasanya kebal, manakala jika saya yang memaklumkannya dan keadaan jadi macam sekarang sudah tentu saya akan dipersalahkan dan boleh didakwa di bawah akta rahsia rasmi. 

Keadaan yang senyap menyebabkan saya beranggapan perkara ini telah dibincangkan oleh beliau dgn DYMM Tuanku dan tiada masalah.

Manakala pengarah JAIS tiada masalah, kalau calon saya adalah Dato' Asmawi berdasarkan kekananan, the most senior (yang paling kanan). 

YAB menteri besar menulis memo meminta Tuan Haji Marzuki, saya sembahkan kepada DYMM Tuanku sebagai ketua agama Islam dan Baginda telah perkenan. 

Saya berpendapat keadaan disebabkan communication brokedown (kegagalan komunikasi) dan juga lack of communiction (kurang komunikasi) di pihak saya dengan YAB menteri besar yang menyebabkan banyak sangat assumption (andaian) digunakan.


Berikut kronologi pelantikan SUK menurut versi pejabat menteri besar yang merakamkan perkara itu:

26 Oktober 2010PSM memberi Nota Amalan kepada Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa: 

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar. 
ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang
sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.
iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato' Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama yang dicalonkan untuk pelantikan.

8 November 2010Pejabat Menteri Besar menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang telah dicadangkan.

22 November 2010.Jawatankuasa memulakan proses menemubual semua calon .

1 Disember 2010Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan yang akan menggantikan beliau.

2 Disember 2010Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

3 Disember 2010Jawatankuasa telah memaklumkan kepada pejabat Dato' Menteri Besar bahawa 3 nama telah dipilih untuk dilantik serta memberitahu bahawa 2 calon tidak mahu mengambil bahagian

8 Disember 2010Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

9 Disember 2010Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau.

15 Disember 2010Mesyuarat EXCO bersidang. Dato' Ramli Mahmud tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai pelantikan setiausaha kerajaan yang akan menggantikan beliau.

16 Disember 20102pm: Mesyuarat MTES bersidang Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan menganti beliau.
9pm: Majlis Persaraan untuk Dato' Ramli Mahmud dan dihadiri oleh Dato' Menteri Besar serta SetiausahaPolitik. Dato' Ramli tidak membuat apa-apa kenyataan atau perbincangan mengenai perlantikan setiausaha kerajaan yang akan mengganti beliau

17 Disember 2010Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir telah dipilih dan Dato' Menteri Besar terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat. Ini selepas pemeriksaan teliti terhadap tiga calon ini.

20 Disember 2010Dato' Menteri Besar menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan Menteri Besar telah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan belum menerima maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu Dato' Menteri Besar akan bercuti sehingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada Menteri Besar.

21 Disember 2010Istana menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Haji Mustapha. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud sebagai balasan surat yang dihantar Dato' Ramli bertarikh 3 Disember. Surat 3 Disember itu memaklumkan kepada DYMM Sultan Selangor tiga calon yang layak. Manakala surat 10 Disember memaklumkan kepada Dato' Ramli bahawa DYMM Sultan Selangor telah berkenan dengan pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Surat itu juga menyatakan Dato' Ramli boleh membuat pengumuman pada 16 Disember 2010.

24 Disember 2010Pejabat Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang telah dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

27 Disember 2010Dato' Menteri Besar menerusi surat memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

3 Januari 2011Dato' Menteri Besar menghadap DYMM Sultan Selangor. Dato' Menteri Besar juga menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri menolak pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak mengadakan majlis angkat sumpah menyimpan rahsia sehingga perkara ini selesai.

4 Januari 2011Pejabat Dato' Menteri Besar menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri dan SPA menyelesaikan perkara ini.

6 Januari 2011Dato' Menteri Besar dan barisan Exco hadir ke majlis angkat sumpah di Istana Bukit Kayangan sebagai taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan DYTM Raja Muda tetapi tetap tidak menerima pelantikan Dato' Mohamad Khusrin.

Berikut kenyataan penuhnya sekitar kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi:


YAB Dato' MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku.

Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato' MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri Dato' Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato' MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato' Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato' MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato' Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato' MB.

Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato' MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah.

Dato' Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato' MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato' Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Dato' Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember Dato' Munir telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato' MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Dato' Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato' Khusrin sebagai SUK.

Antara 10 hingga 21 Disember, Dato' Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis
Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam lima pertemuan ini, Dato' Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku telah memberi perkenan kepada Dato' Khusrin.

Justeru, kenyataan KSN dan Dato' Ramli bahawa Dato' MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Dato' Ramli.

Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato' MB yang telah dipilih rakyat.

Dato' MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato' MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular