Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

[Video&Gambar] Pasukan Perang Siber Rais Mula Bertindak & Robengah Mengaku Tidak Diperkosa Rais



Dalam kes membabitkan Rais Yatim, jurublog-jurublog pro-UMCO yang bersimpati dengan Rais memulakan langkah untuk membela Rais. Mereka menuduh dua orang jurublog elit Rocky dan BigDog yang mendedahkan hal ini mempunyai agenda tertentu terhadap Rais. Tulisan mereka turut "mengutuk" dan "menyindir" dua orang jurublog elit tersebut, malah sudah wujud "banner" yang mempermainkan kedua-dua jurublog itu. Ada sesetengah jurublog yang seolah-olah mengishytiharkan perang terhadap kedua-dua blog elit tersebut.

Pertama, kedua-dua blog elit itu tidak menuduh atau menyiar nama Rais dalam kiriman mereka. Cuba baca kiriman pertama mereka tentang hal ini. Dalam kiriman tersebut, kedua-dua blog tidak menuduh, namun menimbulkan persoalan, dengan harapan persoalan itu akan disiasat oleh pihak polis. Kedua-dua blog juga menimbulkan persoalan tentang Rais hasil pendedahan Wikileaks dan dokumen yang dikeluarkan oleh Migrant Care. 

Blog-blog pro-PR juga menulis artikel di blog masing-masing berpandukan dokumen terbabit. Hal ini sekaligus menolak dakwaan blog-blog yang menyentuh isu ini mereka-reka cerita dan membuat tuduhan liar seperti yang terkandung dalam kenyataan menteri tersebut. Setahu saya, blog yang mula-mula mengaitkan nama Rais secara jelas ialah MT.Barulah blog-blog lain mengaitkan secara langsung nama Rais dengan kes tersebut. Malah, ada juga jurublog yang membuat "csi" sendiri dengan membesarkan bahagian nama menteri yang dihitamkan namun jelas kelihatan dalam kiriman BigDog.

Tiada siapa pun yang menuduh Rais merogol amahnya secara melulu. Jurublog dan pemimpin pembangkang mempersoalkan kesahihan kes itu dan meminta Rais menafikan tuduhan itu. Hasil selepas dua minggu mendiamkan diri, Rais menafikan tuduhan itu dan menganggap pendedahan itu hanya bermotif politik, berniat jahat, tuduhan liar, dan sebagainya.
Penafian semata-mata tidak mencukupi kerana lazimnya orang yang bersalah pun akan menafikannya. Justeru semua pihak meminta pihak polis menyiasat kes ini dan sehingga kini tiada tindakan diambil. 

Timbul persoalan di sini: 
* Mengapa Rais tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Migrant Care yang terlibat dengan dokumen yang mengaitkan Rais dengan kes merogol amah?
* Mengapa Rais tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Robengah?
* Mengapa Rais mengambil masa dua minggu untuk menafikan tuduhan itu sedang beliau mengambil tindakan pantas untuk menyaman Rocky dalam satu tulisan yang mengaitkan anak lelaki Rais dengan geran RM1 bilion untuk menaik taraf akses jalur lebar di seluruh negara?
* Mengapa Pak Lah yang dikatakan mengetahui kes ini masih belum menafikan dakwaan bahawa beliau menyembunyikan hal ini?
* Mengapa pihak polis masih lagi belum menjalankan siasatan?
* Mengapa SKMM masih belum menyiasat kes ini seperti yang ditimbulkan oleh Rocky?

Antara persoalan yang dikemukakan oleh jurublog pro-UMCO termasuklah:
* Mengapa Robengah menunggu 5 bulan sebelum mendedahkan hal itu kepada Migrant Care? Dalam hal ini, Robengah mungkin masih dalam keadaan trauma dan merasa malu untuk mendedahkannya. Hal ini turut didedahkan dalam dokumen tersebut yang menyatakan bahawa Robengah tidak mahu kes ini diperbesarkan kerana hal itu akan mendatangkan aib kepada keluarganya.
*Mengapa Husam yang mungkin mengetahui hal ini tidak mendedahkan hal ini? Yang ini, Datuk Husam perlu perjelaskan sendiri.

Hari ini sekumpulan jurublog mendakwa telah mengunjungi Rais kerana mahu membersihkan nama dan membela Rais. Macam tidak percaya, Rais kini menggunakan blog untuk membersihkan namanya. Adakah ini salah satu strategi yang difikirkan oleh Rais selama dua minggu mendiamkan diri? Saya petik sedikit:
Ikuti temubual ekslusif yang berjaya kami lakukan bersama Sumati di kediaman DS Dr Rais semalam. Temubual ekslusif ini disaksikan oleh beberapa bloggers termasuklah  RBF, Parpu Kari, Gerakan Anti PKR (GAP), Papa Gomo, Darul Ehsan Today (DET),  Megat Pisau, Medan Info Kita, Sanggah Tok Janggut, Gelombang Rakyat dan saya sendiri, Cucu Tok Selampit. Sahabat kami, Minaq Jinggo ditugaskan untuk merakamkan keterangan yang diambil dari rakan sebilik Robengah selama 10 tahun, Sumati.

Walaupun kami bloggers seperti nama di atas kerap berselisih pandangan mengenai sesuatu isu, sering bertelagah dan bertengkar sehinggakan pernah tidak bertegur sapa selama beberapa ketika, dalam isu DS Dr Rais Yatim difitnah dengan tuduhan mengaibkan iaitu memperkosa orang gajinya sendiri, kami membuang perbezaan di antara kami demi membersihkan nama seorang Menteri Kabinet yang cuba dijatuhkan oleh pihak-pihak tertantu.

Selain menyiarkan luahan hati Rais dan isteri, dan menyiarkan berita pengakuan Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat bahawa Robengah tidak pernah diperkosa (bersumberkan DetikNews, malah Astro Awani turut memetik berita di portal itu dengan menyatakan Robengah mengaku Rais tidak pernah merogolnya). Saya petik perenggan berkenaan:

Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) Jumhur Hidayat menegaskan, kasus dugaan pemerkosaan terhadap Tenaga Kerja Indonesia Rubingah (48) oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rais Yatim, tidak pernah ada. 

"Sudah ada keterangan langsung dari Ibu Rubingah dan juga pernyataan tertulis bahwa beliau tidak pernah mengalami pemerkosaan selama bekerja pada keluarga majikan Datuk Rais Yatim di Malaysia, termasuk perlakuan lain yang tidak pantas," kata Jumhur dalam rilis ke detikcom, Jumat (7/1/2011).

Barisan jurublog ini turut menyiarkan temubual eksklusif dengan pembantu rumah yang dikatakan rakan sebilik Robengah semasa berkhidmat di rumah Rais:


Popout


Adakah dengan menyiarkan video ini, tuduhan terhadap Rais boleh didiamkan begitu sahaja? Adakah petikan daripada DetikNews itu sudah memadai untuk membersihkan nama Rais. Sedangkan orang akan mempersoal bahawa amah ini mungkin sudah diminta bercakap bohong? Robengah mungkin diminta berkata demikian. Orang ramai mengetahui bahawa penyiaran video dan laporan berita di portal itu bukanlah jalan terbaik untuk membersihkan namanya.

Yang diharapkan oleh semua pihak yang prihatin dengan kes ini ialah pihak polis dan SKMM menyiasat kes ini dengan seadil-adilnya dan memastikan pihak yang teraniaya terbela. Jika Rais tidak melakukannya, maka ambillah tindakan terhadap pihak yang menulis dokumen yang mengaitkan beliau dengan tuduhan ini. Orang tertanya-tanya tentang sebab Rais masih tidak bertindak balas dengan Migrant Care yang mengeluarkan dokumen tersebut. Sekurang-kurangnya, Rais perlu meminta pihak yang mengeluarkan dokumen itu meminta maaf secara terbuka atau menarik semula dokumen tersebut.

Tidak perlulah meluahkan isi hati dalam blog-blog tertentu atau memuat naik video pengakuan orang tertentu kerana tindakan itu bukanlah cara untuk membersihkan namanya. Sebagai menteri yang berlatarbelakangkan undang-undang Rais seharusnya mengetahui cara terbaik untuk membersihkan namanya daripada tuduhan itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular