Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 8, 2011

Rantau Panjang terputus hubungan akibat banjir semakin buruk


KOTA BAHARU, 8 Jan – Keadaan banjir di Kelantan petang ini semakin buruk apabila bandar Rantau Panjang kini terputus hubungan akibat ditenggelami air sedalam satu meter.

Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara kini mencecah 2,084 orang di seluruh Kelantan berbanding 1,571 pagi tadi.



Kesemua premis perniagaan di bandar Rantau Panjang, iaitu pekan yang bersempadan dengan Bandar Golok, Selatan Thailand dengan hanya dipisahkan oleh Sungai Golok, kini tidak beroperasi setelah digenangi air sejak lewat malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkata sehingga pukul 3 petang ini, seramai 2,084 mangsa membabitkan 606 keluarga di daerah Bachok, Kota Baharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat telah diarah pindah berikutan kawasan kediaman mereka ditenggelami air.

Jumlah pusat pemindahan yang dibuka kini berjumlah 23 berbanding 19 pusat pagi tadi, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata enam laluan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu lima di daerah Pasir Mas dan satu di Tumpat.

“Laluan yang ditutup ialah di KM3 Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas), KM9 Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Pasir Mas), Jalan Pohon Tanjung-Meranti (Pasir Mas), KM3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas), KM10 Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu (Pasir Mas) dan KM9 Jalan Cabang4/Kampung Jambu/Meranti (Tumpat).

Jurucakap itu berkata paras Sungai Golok masih bertahan di paras 10.28meter, melebihi paras bahaya 9 meter, manakala sungai-sungai utama lain di Kelantan berada pada paras berjaga-jaga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular