from MiLo SuaM
Selalu kita dibayangkan dan diancam dengan isu perkauman. Media-media dan blog membayangkan kononnya sekiranya Melayu di Malaysia tidak berhati-hati, maka negara ini akan dirampas oleh orang-orang cina.
Blog dan media melahirkan kebimbangan bahawa Malaysia akan jadi seperti Singapura, yang dikuasai oleh orang Cina daripada parti PAP yang dikatakan berideologi komunis. Benarkah dakwaan ini?
Di dalam menjawab persoalan ini, kita perlukan fakta bukannya auta. Kalau nak kata ikut falsafah sendiri, ReJaM© pun boleh kata, "Sekiranya Cina Singapura tidak berhati-hati, Melayu akan merampas kuasa politik Singapura". Adakah anda percaya? Tentu sekali tidak bukan?
Mengapa Melayu di Singapura tidak mampu menguasai Kerajaan Singapura? Mengapa Cina yang menguasai republik itu? Jawapannya mudah, kerana Singapura mengamalkan sistem demokrasi di dalam pemerintahannya. Maka kaum majoriti akan menguasai negara itu.
Populasi Melayu di Singapura hanya 14% berbanding Cina 75%. Sekiranya semua Melayu yang ada di singapura bergabung pun, tidak akan mampu mengalahkan undi penduduk majoriti Singapura yang terdiri daripada 75% orang Cina. Fakta ini bayi yang baru lahir semalam pun boleh paham.
[Sumber rujukan]Kalau dilihat, kuasa politik di Malaysia dipegang oleh orang-orang Melayu, mengapa? Jawapannya mudah, kerana orang Melayu merupakan bangsa majoriti di Malaysia.
Bagaimanakah cara untuk orang cina merampas kuasa politik Malaysia? Jawapannya mudah, orang cina perlu menjadi kaum majoriti, agar memperoleh undi yang majoriti. Sekiranya tidak orang Cina hanya mampu bermimpi di siang hari.
Persoalannya sekarang, mengapakah media kerajaan selalu memainkan isu Orang Cina akan mengambil kuasa politik negara ini? Adakah orang-orang cina sedang melahirkan anak seramai mungkin? Adakah orang Melayu diserang sakit mandul?
ReJaM© "Propaganda penuh dengan auta, bayi pun tergelak!"