Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

Penyamun Tidak Akan Mengaku Dirinya Penyamun


SU Sultan S'gor kecewa dituduh 'orang Umno'

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata semua kenyataan bertulis yang dikeluarkan pihak istana berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Datuk Mohd Khusrin Munawi mendapat titah dan perkenan baginda.

Beliau berkata semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan disemak sendiri oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Semua kenyataan yang dikeluarkan adalah selepas menjunjung titah Sultan Selangor dan baginda sendiri menyemak dan meneliti setiap kenyataan itu.

"Kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa saya mengeluarkan kenyataan sendiri tanpa merujuk kepada Baginda adalah tidak tepat," katanya kepada pemberita selepas istiadat pengurniaan darjah kebesaran Selangor dan pelantikan jawatan kanan kerajaan di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.


Mohamad Munir berkata Sultan Selangor juga mendapat satu salinan setiap kenyataan media berkenaan.

Beliau berkata Sultan Selangor juga menyatakan bahawa istana tidak boleh diheret dalam soal politik, kancah politik dan campur tangan atau terlibat dalam politik.

"Istana juga perlu menjelaskan kepada rakyat perkara yang sebenarnya. Saya juga ingin menjelaskan bahawa sidang akhbar ini bukan bertujuan memberikan tentangan atau menyalahkan Menteri Besar," katanya.

Mohamad Munir berkata baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah juga mahu kerjasama dengan lebih baik dan saling hormat menghormati antara istana, pejabat Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Atas kapasiti jawatannya, Mohamad Munir berasa kecewa kerana terdapat pihak tertentu yang mengatakan beliau adalah anggota Umno dan BN, berpolitik, tidak menyebelahi kerajaan yang ada.

"Jadi saya nak nyatakan saya tak terlibat dalam politik Umno atau PKR. Saya pegawai kerajaan, saya kena bersifat berkecuali dan profesional. Sebagai pegawai kerajaan saya menjalankan tugas saya yang digariskan," katanya.

Mengenai pelantikan Datuk Mohd Khusrin, Mohamad Munir berpandangan supaya SUK yang baru itu diberi peluang berkhidmat terlebih dahulu sebelum membuat penilaian.

"Kita dah hakimi dia sekarang dan itu kurang adil pada pihaknya. Mana tahu beliau mungkin memberi perkhidmatan yang lebih baik daripada (SUK) sebelumnya," katanya.

Mengenai kemelut pelantikan Mohd Khusrin, beliau berkata sepatutnya Menteri Besar boleh mengemukakan calon dan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) terlebih dahulu.

"MB boleh bincang dan beri nama calon dengan mengetahui SUK yang ada akan bersara dalam tempoh enam bulan atau tiga bulan sebelum pelantikan yang baru. Ini penting sebab SUK perlu rapat dengan MB dan anggota exco.

"Jadi selepas itu terpulang kepada SPA atau JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) nak terima cadangan calon SUK. Selepas itu barulah sembah kepada Tuanku untuk perkenan. Sekarang dah terbalik, sekarang baru nak bincang dengan SPA ini tak berapa baik dan molek dan akan menjejaskan SUK yang baru," katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah pengamal undang-undang yang juga bekas Ketua Unit Pendakwaan Selangor Datuk Salehuddin Saidin.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular