Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 8, 2011

Pena Pertahankan Novel Intrelok


PERSATUAN Penulis Nasional (Pena) menjadi NGO pertama yang mengambil inisiatif mengadakan majlis untuk mempertahankan novel Intrelok yang menjadi teks bacaan wajib pelajar sastera tingkat lima yang menjadi persoalan segelintir masyarakat India di negara ini pada masa ini.

Tindakan Pena itu kena pada tempatnya memandang NGO berkenaaan bergerak atas landasan bertunjangkan maksud untuk meneguh, mengawal dan mengamalkan persurataan (sastera dan budaya) Melayu di negara ini.

Sebenarnya selain dari Pena wujud beberapa badan lain seumpamnya di seluruh negara. Malangnya badan lain sehingga kini seolah tidak ada idea untuk menganjurkan majlis bagi menyatakan sikap mereka terhadap novel yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Abdullah Hussein itu.

Gapena - Gabung Penulis Nasionak sendiri yang menjadi induk kepada persatuan penulis dan persuratan Melayu di negara ini, masih terpinga-pinga dan mencari rentak untuk memulakan aksi mereka. Gapena difahamkan belum mengadakan apa-apa majlis atau tindakan rasmi mempertahankan novel berkenaan. Kalau ada pun reaksi dari pemimpin gabungan itu secara peribadi sekadar menjawab pertanyann media saja.

Adalah perlu dirasakan kalau Gapena dan selurh anggota gabungannya bangkit mempertahankan keutuhan ataupun menjawab bantahan segelintir masyarkat India terhadap novel berkenaan. Lebih baik lagi kalau Gapena mengunggulinya dan mengajak sama NGO lain kkhasnya yang mengaku dan mendakwa mereka sebagai memperjuangkan Melayu untuk mempertahankan karya sastera berkenaan.

Seperti mana yang dipersetujui ataupun disimpulkan dalam Dilog Interlok yang dianjurkan Pena pagi ini menetapkan bahawa tidak ada catcat celanya novel berkenaan termasuk menghina mana-mana kaum di negara ini.

Ia adalah novel sejarah berdasarkan fakta yang menggunakan latar realiti tiga kaum terbesar di negara ini dan menceritakan sejarah kewujudan ataupun mengenai kedatangan mereka ke negara ini. "Novel itu tidak menghina mana-mana pihak sebaliknya ia sebuah fakta sejarah yang jelas yang sudah diterima umum," demikian tegas Pena.

Dilog anjuran Pena hari ini dipanalis oleh tiga anggota yang pakar dalam bidang sastera dan persurata Melayu, mereka ialah Prof Dr Ilias Zaidi, Prof Dr Fatimah Busu dan sdr Syed Zakir Syed Othman, Setiausaha Pena dan ianya dipengerusikan Mohamad Salleh Rahmad, Ketua Pena.

Kehadiran pada majlis itu memberangsangkan di mana hampir 100 orang terdiri dari ahli bahasa, penulis dan pencinta budaya. Kehadiran itu menjelaskan mereka serius memberi semangat kepada Pena mempertahan novel berkenaan.
Majlis yang sepatutnya turut dihadiri masyarakat India atau bukan Melayu bagi menjelaskan penghuraian mengenai novel berkenaan bagaimana pun gagal menarik kaum India. Tidak ada seorang kaum India yang hadir, manakala hanya seorang pelajar Cina.
Di hujung dialog yang menerima berbagai pandangan dan saranan termasuk desakan agar Pena terus memperjuangkan supaya novel itu kekal pada verisinya turut diistyharkan 14 ketetapan.

Ketetapan itu dibaca oleh Ketua Pena, Mohamad Salleh Rahmad, antaranya;
1. Sebarang campur tangan politik yang dibuat berdasarkan kepentingan peribadi dan perkauman dalam bidang persuratan dan pendidikan secara keterlaluan akan menimbulkan kekeliruan dan pergeseran yang tidak berkesudahan;

2. Interlok tidak menghina mana-mana kaum di negara ini sebaliknya menggambarkan sejarah dan realiti sosial yang berlaku, disamping menonjolkan gagasan perpaduan untuk melestarikan kemerdekaan bagi sebuah negara yang baru dibentuk dan berdaulat;

3. Pena meragui hasrat dan niat pihak yang mempersoalkan perkara tersebut pada masa sekarang setelah empat dekat diterbitkan. Kita bimbang tanggapan negatif kelompok tertentu akan mencetuskan gejala yang tidak sihat kepada perpaduan yang telah wujud di negara ini.

Dalam pada itu dalam sidang akhbar Pena menjelaskan pihaknya akan terus memperjuang untuk mempertahankan novel berkenaan dijadikan teks dalam keadaan asalnya. "Kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengubah keaslian novel ini," demikian tegas timbalan ketau Pena, Amiruddin Md Ali Hanafiah.

Katanya, pihaknya akan mengemukakan ketetapan dan keputusan yang diambil menerusi dialog berkenaan kepada pihak berewajib termasuk Menteri Pendidikan dan juga badan-badan tertentu.

Ada kemungkinan juga pendekatan politik diambil bagai mengatasi perkara berkenaan sekiranya jalan yang dilalui kini tidak mencapai sebarang hasil.

Ditanya apakah Pena mendapat apa-apa gangguan terhadap majlis yang berlangsung hari ini, jelas Saleh tiada apa-apa gangguan diterimanya. Sebelum ini ada maklumat mengatakan segelintir orang India akan menghadiri dialog berkenaan dan akan menunjuk protes membakar novel Intrelok di perkarangan rumah Pena.[wm.kl. 12:00 t/h 08/01/11]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular