Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

Prestasi kutipan cukai MPSJ cemerlang



SHAH ALAM, 7 Jan – Majlis Perbandaran Subang Jaya atau MPSJ berjaya merekodkan prestasi cemerlang dalam kutipan cukai taksiran apabila mencapai 94.32 peratus dengan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak RM 143.246 juta.


Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Md Ikhsan berkata, jumlah tersebut sekali gus menjadikan MPSJ sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kedua tertinggi di negeri ini selepas Majlis Daerah Hulu Selangor atau MDHS yang berjaya mengutip 96.05 peratus iaitu RM189.8 juta.

Menurut Adnan, MPSJ juga berjaya menjadi PBT terbaik untuk rekod kutipan tunggakan cukai dengan mengutip cukai sehingga 74.73 peratus yang direkodkan sehingga November 2010.

Adnan berkata, bagi tunggakan kompaun trafik sehingga Disember 2010, majlis mempunyai tunggakan sebanyak 1,073,048 kompaun dengan nilai RM85,843,840.00 yang masih belum dijelaskan pesalah lalu lintas.

Jelas Adnan, berikutan jumlah kompaun yang tinggi itu, MPSJ mengambil beberapa tindakan drastik termasuk menggunakan kunci saman sebagai kaedah penyampaian kompaun bermula Mac tahun lalu.

Menurut Adnan lagi, MPSJ juga membuat keputusan menaikkan kadar pengurangan daripada RM40 kepada RM50 bermula 1 Janurari lalu.

Tambah Adnan, pelaksanaan operasi mengesan dan menunda kenderaan yang mempunyai rekod melebihi 10 kompauan juga dijalankan bermula 19 Disember lalu dan jika pesalah gagal membayar kompaun terbabit kes mereka akan difailkan ke mahkamah dari masa ke semasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular