Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 7, 2011

WikiLeaks Dedah Israel Mahu "Hancurkan" GAZA


Saya petik:
[HM] BAITULMAQDIS: Sekatan Israel terhadap Semenanjung Gaza bertujuan untuk memusnahkan ekonomi wilayah Palestin itu, menurut kabel diplomatik yang didedahkan Wikileaks, semalam.
Ia menunjukkan rejim Zionis sedar dasar berkenaan memberi kesan buruk terhadap penduduk awam Gaza.


Pemimpin Israel sejak dulu lagi berkata, sekatan itu bertujuan melemahkan kumpulan Hamas yang menguasai wilayah itu.

Dokumen baru yang didedahkan itu, disiarkan oleh akhbar Norway, Aftenposten, menunjukkan Israel berharap untuk mencapai matlamat itu dengan mensasarkan 1.5 juta penduduk Gaza.

Menurut kabel mesej bertarikh 3 Mac 2008 yang ditulis oleh pegawai Amerika, pegawai Israel memberitahu diplomat Amerika Syarikat berulang kali bahawa mereka merancang untuk meletakkan ekonomi Gaza di ambang kemusnahan.

Jurucakap Israel, Mark Regev enggan mengulas.

Israel mengenakan sekatan itu selepas kumpulan Hamas menguasai Gaza pada Jun 2007.

Dasar rasmi kumpulan itu ialah ia tidak akan membenarkan krisis kemanusiaan berlaku di Gaza.
Sekatan itu bagaimanapun gagal menumbangkan Hamas meskipun ia menyebabkan ekonomi Gaza terhenti.

Puluhan ribu pekerjaan lenyap, sebahagian besar eksport terhenti dan selama tiga tahun Israel mengawasi dengan ketat barangan pengguna yang dibawa masuk ke Gaza.

Di Gaza, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menyifatkan pendedahan Wikleaks itu sebagai satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin.- Reuters
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular