Penting! Solat Hajat Perdana "Selamatkan Selangor dan Malaysia"
ARTIKEL :Datang beramai-ramai. Kalau anda baca Utusan 1Malaysia, tengok RTM dan jegakan mata depan TV3, nampaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor macam akan jatuh sehari dua lagi. Umno lagakan MB Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Sultan Selangor terang-terang dalam siang. Rakyat jelas melihat ini. Rakyat nampak mainan jahat Umno-BN.
Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Lubang pasir sudah dikorek sehingga bu mi ke tujuh. Adun Sekincan telah ditumbuk lesut muka oleh geng Noh Omar. Khir Toyo yang tidak disangka-sangka akan dipanggang jadi "kambing golek" yang tak hitam lagi, untuk perlihat kepada rakyat Umno telus, mulus dan kudus dalam memerangi rasuah

Apa lagi cara Najib nak berkuasa semula di Selangor? Najib jadi Pengerusi Umno Perak, Kerajaan PR Perak berantakan. MB Nizar Jamluddin gagal "menendang" SUK itu. Angkaranya, kerajaan PR tak dapat diselamatkan dengan bantuan PDRM, SPRM, SPR dan SUK itu. Adakah Najib mahu lakukan modus operandi yang sama di Selangor?
Bukankah Najib juga Pengerusi Umno Selangor? Justeru itu, PAS akan mengadakan Solat Hajat Perdana dan Ceramah Mega pada Ahad, 9 Jan 2011, di Stadium Tertutup Shah Alam jam 8 malam.
Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tujuan program ini diadakan untuk memohon kehadrat Allah SWT supaya dapat menyelamatkan negara ini daripada kerakusan mereka yang tidak bertanggungjawab ketika menguruskan negara.
"Negara ini perlu diislahkan daripada gejala yang merosakkan seperti pengurusan ekonomi, kehakiman, pencabulan terhadap demokrasi," ujarnya kepada Sanggahtoksago.Com.
Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang akan hadir, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Semua rakyat Malaysia dialu-alukan hadir.