from BIJAN by NoToBn
Guru wanita terlampau ditahan
PLAINFIELD (Illinois): Seorang guru pendidikan jasmani ditahan kerana disyaki mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajarnya, kata polis semalam.
Sumber berkata, polis percaya guru wanita itu, Ashley Blumenshine, menjalin hubungan melampau dengan remaja berusia 16 tahun sejak sebulan lalu.Kata sumber, Ashley, 27, ditahan di belakang sebuah pusat beli-belah sejurus selepas dia dilihat berada dalam kereta bersama remaja terbabit kira-kira jam 6.30 petang.
Ketika itu seorang daripada mereka dilihat dalam keadaan separuh bogel.
“Polis yakin Ashley baru saja selesai mengadakan hubungan seks apabila dia diberkas,” katanya.
Ashley mengajar tarian dan pendidikan fizikal di Sekolah Tinggi Plainfield North sejak empat tahun lalu dan memang popular di kalangan pelajarnya. - Agensi
Pendidikan seks di sekolah rendah dan menengah tahun depan
Pendidikan seksualiti akan diajar sebagai subjek berasingan dikenali sebagai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers) mulai tahun depan.
Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, kementerian sudah menetapkan mata pelajaran itu akan diajar selama 40 minit sebanyak dua kali sebulan di sekolah menengah manakala selama 30 minit setiap minggu bagi murid-murid sekolah rendah.