TV3 di Kecam Hebat, Jurucakap Kepada Rejim Basyar
Serangan kimia yang telah dilancarkan oleh rejim Basyar dan sangat zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Persoalannya, adakah kita cakna?
Ucapan 'Tahniah' kami ucapkan kepada media tanah air terutamanya TV3 kerana terus menerus menyiarkan berita penafian rejim Basyar terhadap serangan kimia yang mengorbakan ribuan rakyat Syria.
TV3 lebih suka menyiarkan penipuan tersebut berbanding berita-berita tentang keperitan saudara kita di Syria akibat serangan kimia tersebut. Tahniah TV3 kerana telah menjadi jurucakap musuh!
Tulisan Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria
DIMANA DUNIA?
Dilaporkan rejim Basyar lambat memberi kebenaran kepada pemeriksa PBB dan berterusan menyerang kawasan serangan kimia yang didakwa untuk merosakkan bukti.
Serangan demi serangan, dunia masih diam membisu.
SERANGAN SENJATA KIMIA TERBURUK DI SYRIA
Mereka kelihatan seperti sedang tidur. Tetapi mereka sebenarnya telah mati..!
Lelaki, wanita dan kanak-kanak terbaring di katil dalam keadaan sempurna dan kelihatan begitu aman mungkin mereka sedang tidur, demikian ujar seorang fikir saksi, Abu Nidal. Beliau dan penyelamat lain mengheret mayat-mayat ke jalan raya.
Beliau adalah salah seorang daripada banyak saksi serangan besar-besaran di pinggir bandar timur Dimasyq yang menurut aktivis telah membunuh 1252 orang pada pagi Rabu. Mereka mendakwa bahawa beberapa bom telah dimuatkan dengan bahan kimia dan merupakan serangan kimia yang paling teruk sejak konflik dua tahun Syria bermula.
"Kami pergi dari rumah ke rumah dan segala-galanya masih berada di tempatnya, setiap orang berada di tempat mereka. Mereka terbaring di mana mereka berada. Mereka kelihatan seperti sedang tidur. Tetapi mereka sebenarnya telah mati," katanya kepada Reuters melalui Skype dari pinggir bandar Erbin.
STATISTIK SYUHADA' SERANGAN SENJATA KIMIA
Berikut adalah statistik syuhada' yang gugur syahid dalam serangan senjata kimia oleh rejim Rabu yang lalu di Dimasyq :
Saqba: 100
Kafar Batna: 100
Douma: 150
Hamouria: 300
Ourbin: 63 (30 Kanak-Kanak, 16 Wanita, 17 lelaki)
Jisren: 16 (3 Kanak-Kanak)
Zamalka: 400
Ain tarma: 75
Marj: Tidak dapat dipastikan lagi
Ini adalah bukti video :
Video 1
Video 2
Video 3
Video 4
Video 5
***
Orang yang tak ada internet macam orang tua dan orang kampung mesti percaya berita TV3.