Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, April 2, 2011

KENYATAAN MEDIA : POLITIK ‘JEMBALANG’ DAN ‘HANTU’ BARISAN NASIONAL


KENYATAAN MEDIA
RAKYAT SARAWAK TOLAK POLITIK ‘JEMBALANG’ DAN ‘HANTU’ BARISAN NASIONAL
(2 April 2011)

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat (JPr DPPP) menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melabelkan parti selain Barisan Nasional sebagai ‘jembalang dan hantu yang bermulut manis’ adalah kenyataan paling bodoh daripada seorang pemimpin negara.

JPr DPPP hairan bagaimana kenyataan ini boleh timbul daripada pemimpin tertinggi negara. JPr DPPP mengingatkan, tidakkah Muhyiddin tahu bahawa Barisan Nasional adalah ‘jembalang dan hantu’ yang dia sendiri maksudkan. Bukankah BN yang menawarkan pelbagai janji manis yang bertujuan mengelabui mata pengundi Sarawak, dan setelah menang pilihanraya mereka sekali lagi hilang umpama hantu dan jembalang tanah. Sifat jembalang dan hantu yang suka menghisap darah rakyat adalah sifat BN sejak dulu hingga kini.

Tan Sri Muhyiddin cuba mengajar rakyat Sarawak erti demokrasi ala BN iaitu hanya BN sahaja layak memerintah negeri Sarawak. Selain BN, parti tersebut perlu ditolak dan tidak layak memerintah negeri dan negara. Inilah mentaliti ‘budak sekolah rendah’ yang ada dalam pemikiran pemimpin BN. Sedangkan demokrasi sebenar mengajar rakyat erti kebebasan memilih parti dan kepimpinannya. Menyekat kebebasan rakyat dari berfikir dan memilih parti yang mereka sukai adalah suatu tindakan yang tidak bertamaddun.

Sepatutnya Muhyiddin berkempen menerangkan jasa dan sumbangan BN. Ataupun beliau memberikan janji BN kepada rakyat Sarawak untuk kesekian kalinya. Pakatan Rakyat telah memberikan janji 100 hari memerintah dalam Buku Jingga. Soalnya, apakah janji seterusnya BN kepada rakyat Sarawak? Sudah 50 tahun negara diperintah BN, dan sudah acapkali rakyat dijanjikan dengan pelbagai janji ‘melangit’ menjelang pilihanraya.

BN sebenarnya masih mengamalkan cara demokrasi lapuk serta ketinggalan zaman. Sebab itu mereka sering kali mengeluarkan kenyataan yang cuba mengelirukan rakyat ketika berkempen dan bercakap seolah-olah rakyat buta dan bodoh.

Kali ini, biarlah rakyat menjadi hakim dan menentukan masa depan mereka sendiri. Jangan dimomokkan dengan politik ugut seperti ini. Politik ‘jembalang’ dan ‘hantu’ sudah tidak laku dalam pilihanraya DUN Sarawak kali ini.

Disediakan oleh

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Pusat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular