Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng Mustafa Salim masih lagi wakil rakyat bagi kawasan itu.
Katanya, Adun Barisan Nasional (BN) itu akan membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhi oleh Mahkamah Sesyen Seremban ke atasnya semalam.Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan Adun berkenaan, dalam satu persidangan akhbar selepas menghadiri Majlis Jamuan Mesra Rakyat di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.
Pada perkembangan lain, Perdana Menteri berkata hanya rakyat yang boleh menilai kebenaran kes video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.
“Saya tidak mahu ulas perkara ini. Biarlah rakyat yang tentukan. Saya hanya mahu kebenaran bukan persepsi,” katanya.
Semalam Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan bahawa rakaman video seks dikatakan melibatkan seorang pemimpin parti pembangkang yang didedahkan baru-baru ini adalah tulen. - Bernama
Ulasan GB
TERANG DAN NYATA, Najib melindungi YB Lenggeng yang telah diputuskan bersalah oleh mahkamah di atas tuduhan rasuah.
Kerana? Semua orang tahu Najib itu sendiri Bapa Rasuah Negara.
Tidak hairan mengapa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia 2010 di peringkat antarabangsa amat memalukan.
CPI Malaysia sekali lagi jatuh kepada 4.4 yang berada di tangga ke-56 pada tahun ini berbanding tahun 2009 berada pada tangga ke 56 sebanyak 4.5.
Keputusan ini amat tidak setanding dengan yang didapati Malaysia pada tahun 2008 berada pada tangga ke 47 sebanyak 5.1
Tahun 2010 ini juga menunjukkan Malaysia telah tewas dengan negara Afrika Selatan iaitu sebanyak 4.5 pada tangga ke 54.