Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 31, 2011

‘Peruntukan rasuah’ di Sarawak, 4 MP KEADILAN adu kepada SPRM


KUALA LUMPUR: Empat Ahli Parlimen KEADILAN hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perbuatan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang menjanjikan peruntukan tertentu, sebaik sahaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar.

Ia adalah perbuatan rasuah dan menyalahi peruntukan undang-undang tetapi pimpinan BN melakukannya secara terang-terangan, malah dilapor dalam media arus perdana yang dikawal mereka.
Dalam kenyataan media, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, seorang daripada empat pemimpin muda parti yang membuat laporan ke SPRM hari ini, berkata perbuatan itu bukan pertama kali dilakukan pimpinan BN.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 19 Mac lalu mengumumkan peruntukan RM252.35 juta, kononnya untuk bekalan air dan elektrik di Sarawak.
Beliau berkata, ia jelas perbuatan rasuah kerana pengumuman itu dibuat pada hari sama Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membubar DUN negeri berkenaan.
Malah, Nurul Izzah berkata, Taib Mahmud pada 23 Mac lalu turut melakukan rasuah  apabila mengumumkan peruntukan kira RM5.7 bilion untuk negeri itu, dua hari selepas DUN dibubar.

“Walhal Taib Mahmud sejak 21 Mac lalu hingga pilihan raya berakhir bukan Ketua Menteri kerana Sarawak semasa sepanjang tempoh itu ditadbir oleh polis,” katanya.
Selain Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, tiga ahli parlimen yang turut membuat laporan ialah Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Gwo Burne Loh (Kelana Jaya).
Mendesak SPRM bertindak segera terhadap semua laporan berkenaan, Nurul Izzah berkata, tindakan Muhyiddin mengumumkan peruntukan RM73.68 juta dal;am tempoh itu, kononnya untuk kepentingan tiga kategori  sekolah di negeri itu, juga amalan rasuah.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu di Sarawak, Mei tahun lalu, Najib pada satu ceramah melakukan rasuah terang-terangan apabila menjanjikan RM5 juta kepada pengundi jika BN menang  dan kenyataan itu yang termuat dalam laman Youtube, dikecam rakyat.
“Saya mahu membuat perjanjian dengan anda, perjanjiannya amat mudah. Anda tolong saya, saya tolong anda. Jika Robert Lau, calon BN menang pada Ahad ini, maka esoknya saya akan memberi anda RM5 juta,” katanya, dipetik.
Sebelum ini, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memperlihat agensi itu sebagai bebas dalam menjalankan fungsinya meskipun autonomi mereka dijamin Perlembagaan Persekutuan.
“Kita tidak boleh harap sepenuhnya pada SPR dalam menguatkuasakan undang-undang (pilihan raya), mereka kelihatan tidak bebas dalam tindakan mereka,” katanya pada 30 Mac lalu.
Mengikut Buku Jingga, SPR dan SPRM antara yang akan direformasi secara menyeluruh jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10316
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular