Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 31, 2011

Akhirnya Wartawan Utusan Akur...

Wartawan Utusan mengeluh harga barang naik
Akhirnya wartawan Akhbar Utusan Malaysia terpaksa akur bahawa rakyat kini semakin susah, suri rumah sering marah-marah.


Orang ramai terutama rakyat marhaen makin naik darah, bila harga barang dan harga rumah mencekik darah. Harga barang naik bagaikan barah, yang jadi mangsa rakyat bawah yang susah dan semakin susah [Utusan].


Kalau kita lihat di kaca-kaca televisyen, di dada-dada akhbar media arus perdana ekonomi negara tak pernah turunJumlah pelabur yang datang dan yakin untuk melabur di Malaysia tak pernah turun. Semua berita yang baik-baik disuap kepada rakyat. Negara semakin maju, ekonomi negara semakin baik, pendapatan negara semakin meningkat, semualah yang baik-baik. Tapi harga barang semakin naik.

Apa makna semua ini? Negara makin maju, ekonomi semakin baik, harga barang pun semakin naik. Dulu negara kurang maju berbanding sekarang, tetapi harga barang pun tak naik macam sekarang, sekarang negara makin maju, tapi barang naik rakyat pun makin naik darah. Kalau begitu lebih baik negara tak payah maju, maka rakyat tak perlu bersusah payah.

Ibaratnya seorang ayah mengumumkan setiap bulan bahawa dia dinaikkan gaji, boss semakin percaya kepada ayah. Semua orang di tempat kerja suka kepada ayah, ekonomi keluarga semakin baik, pendapatan keluarga ayah semakin meningkat. Ayah mengaku dan memuji diri bahawa dia pandai cari duit. Tapibelanja sekolah anak-anak disekat, belanja isteri dikurangkan. Apa maknanya? Ini maknanya ayah seorang penipu!

ReJaM© "Sokong kerajaan, pertahankan kerajaan dengan bersungguh-sungguh, bermati-matian untuk mengeluh? So so lame..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular