Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 29, 2011

Komik lucah burukkan Anwar disebar di Lembah Pantai

KUALA LUMPUR: Umno-Barisan Nasional berterusan menggunakan politik lucah dan kotor bagi mengaibkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seisi keluarga.
Terbaru, Pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai menerima komik lucah yang menggambarkan Anwar melakukan aksi-aksi yang kurang sopan.
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
“Ia diterima kebanyakan pengundi muda di kawasan Lembah Pantai. Ia dihantar melalui pos. Kebanyakan mereka menerimanya semalam,” kata Nurul Izzah.
Justeru, beliau akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi jam 2 petang ini bagi menyiasat perkara itu.
Penyebaran komik lucah ini adalah sebahagian lagi daripada usaha memburukkan nama Anwar selepas beliau difitnah kali ketiga dalam video aksi seks.
Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha menghalang kemaraan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Sarawak yang akan berlangsung 16 April ini. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular