WarkahDaily, 30 Mac – Seorang pelakon yang sebelum ini penuh dengan kontroversi berpenampilan dan berpakaian seksi, Zila Bakarin dikatakan telah berubah penampilannya dengan berpakaian menutup aurat.
Barisan pelakon drama 'Kurma Ajwa Untuk Najwa'. | foto Kosmo!
Tapi sangkaan itu meleset walaupun memang Zila berpakaian menutup aurat, namun sekadar dalam lakonan menerusi drama bersiri 'Kurma Ajwa Untuk Najwa' di TV Alhijrah.
Mungkin juga peminat yang memandangnya menyangka bahawa Zila sudah beralih arah. Hakikatnya, transformasi dirinya itu sekadar untuk tatapan lakonan sahaja.
Menurut Kosmo!, Zila mengaku, apabila tiba masanya nanti, dia tidak menolak kemungkinan akan menjadikan busana muslimah sebagai pilihan hati.
“Buat masa ini untuk pakai tudung belum sampai seru lagi. Perkara macam ini tidak boleh dipandang remeh. Kalau betul-betul mahu tutup aurat, saya pastikan ia benar menepati cirinya,” jelas Zila.
Subhanallah... Jangan kita ni sewenang-wenangnya permainkan suruhan Allah dengan sekadar untuk dapat sesuap nasi.
Bagaimana kalau kita dijemput oleh Allah sebelum kita dapat menunaikan tanggungjawab dan kewajipan yang diperintah kepada kita, alangkah ruginya kita kerana kematian itu boleh berlaku bila-bila masa.
Kenapa ego sangat manusia sehingga perlu menunggu suatu tempoh atau sengaja meletakkan tempoh untuk melakukan ketaatan kepada Allah, padahal jika kita berhadapan dengan musibah dan kesulitan, kita mahu ianya cepat diselesaikan. Bila kita memerlukan sesuatu, tak malu dan tak segan pulak kita minta Allah segerakan permintaan kita.
Kemunculan Zila menerusi drama bersiri 'Kurma Ajwa Untuk Najwa' yang ditayangkan oleh stesen televisyen AlHijrah ternyata memberi sesuatu kelainan terhadapnya sepanjang terlibat dalam industri lakonan.
Pengalaman yang paling ketara apabila Zila perlu mematuhi beberapa peraturan yang dilarang oleh Islam. Paling jelas sekali, dia perlu memakai tudung dan adegan yang dipaparkan tidak boleh tersentuh dengan pelakon lelaki.
Meskipun watak yang dipegangnya itu sebagai ibu kepada pelakon Fazreen Rafi, Zila perlu menghayatinya dengan membataskan perilaku.
“Sejujurnya, ia bukan semudah yang disangka kerana imej saya perlu bersesuaian dengan watak yang diberikan. Babak yang paling rumit apabila saya perlu marah kepada anak saya.
“Sepatutnya saya garang tetapi disebabkan saya berpakaian sopan ia membuatkan diri ini susah untuk berlakon garang. Saya jadi bersifat lemah lembut,” ceritanya yang turut mengakui pertama kali mengadakan sesi fotografi berimej tudung dan sopan.
Namun, watak itu sebenarnya mendorong Zila untuk berjinak-jinak bertudung. Lama-kelamaan timbul rasa ingin tahu secara mendalam bagaimana ingin mendapatkan tudung yang berkualiti.
“Secara semula jadi saya terasa ingin tahu pilihan tudung yang disukai. Rupa-rupanya banyak sangat fesyennya. Buat masa ini koleksi saya hanya dua helai sahaja. Selebihnya saya pinjam tudung kakak,” katanya sambil ketawa kecil.
Ketaatan kepada perintah Allah bukanlah untuk dipermainkan dan bukannya bermusim tetapi ianya kewajipan setiap masa.
Seorang ahli sufi pernah mencabar orang yang ingin mengingkari perintah, “Kamu boleh melakukan keingkaran dan maksiat kepada Allah, tapi dengan syarat, kamu kena cari tempat lain yang bukan tempat yang disediakan Allah untuk makhluknya, maka buatlah maksiat itu di sana”.
Cabaran ini sangat jelas kepada kita, ianya tersangat mustahil untuk kita lakukan kerana, Seluruh alam ini adalah ciptaan dan kepunyaan Allah. Maka sudah pasti kita kita tak boleh mengelak daripada mentaati perintah Allah.