Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 30, 2011

INGATAN BUAT PIMPINAN PR, JANGAN JEMPUT `WAKIL LIDAH SYAITAN'!!

UTUSAN Meloya sudah dikenalpasti sebagai `penyambung lidah syaitan' yang menjalankan kerja-kerja fitnah jahat serta kaki putar belit demi kepentingan Apco Yahudi Laknatullah. Telah beberapa kali akhbar pencacai taraf terendah ini terbukti melaporkan perkara yang tidak benar, fitnah dan putar belit.

Sebab itu, tidak menghairankan akhbar ini `dibuang' begitu sahaja oleh sebuah sekolah Cina walaupun diberikan percuma. Cuma, masih ada yang sedia bodoh atau sanggup diperbodohkan membeli dan membaca akhbar syaitan seperti ini. 

Terbaru, kenyataan Ketua Pemuda PAS Us Nasruddin Hassan Tantawi telah diputarbelitkan oleh mereka. Akhbar jijik ini melaporkan bahawa Ketua Pemuda PAS tersebut bersetuju agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat pita video lucah yang kununnya melibatkan seorang tokoh Pembangkang. Sebaliknya, Us Nasruddin tidak pernah berkata sedemikian. Memetik penjelasan daripada Ketua Pemuda PAS ini, beliau hanya berkata"Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan," Beliau menegaskan, siasatan selepas video itu disebar kepada umum adalah tindakan yang salah. 

"Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul," katanya. Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak takut untuk disiasat namun keadilan mesti diutamakan. "Kita tidak takut pada siasatan tapi keadilan mesti ditegakkan. Suruhanjaya atau apa itu mekanisme. Prinsipnya keadilan dan ini mesti ditegakkan dulu," katanya (Harakahdaily)

Saya tidak tahu samada masih ada pimpinan di dalam PR yang masih berselera untuk memanggil wartawan akhbar jijik seperti ini di dalam sidang akhbar mereka. Mungkin kenyataan mereka dipetik oleh Utusan Meloya melalui akhbar lain tetapi diputar belitkan sesedap rasa. 

Tetapi jika benar wartawan akhbar ini sememangnya dipanggil di dalam sidang media, itu bermakna memang sengaja kita menjemput `wakil lidah Syaitan' untuk mendengar apa yang ingin kita perkatakan. Adakah `Syaitan' akan jujur kepada kita?/wfauzdin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular