Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 30, 2011

Bakal ke Sekolah HARAPAN : Dicekup ketika mahu buat seks bersama teman lelaki

AYER KEROH: Biarpun masih bersekolah, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah, dekat sini sanggup membawa teman lelakinya masuk ke kawasan rumah setiap kali ibu bapanya keluar rumah.

Pelajar berusia 16 tahun itu dipercayai sering melakukan perbuatan terkutuk itu dengan membawa kekasihnya yang baru tamat alam persekolahan untuk berasmara di kawasan rumah berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan kedua-dua pasangan sejak dua tahun lalu dapat dihidu penduduk kampung menyebabkan mereka dicekup, awal pagi kelmarin.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi itu di sebuah rumah dekat Kampung Kesang, Jasin selepas intipan dilakukan penduduk kampung yang gusar dengan kegiatan maksiat berkenaan.

Berikutan itu, katanya, penduduk diketuai Imam Kampung dan pegawai syarak menyerbu rumah terbabit dan mendapati kedua-dua pasangan sedang asyik memadu kasih.

Menurutnya, biarpun berpakaian lengkap semasa ditangkap, tetapi pasangan lelaki berusia 18 tahun itu membuat pengakuan bahawa dia sudah memakai tiga kondom untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Justeru, katanya, kedua pasangan itu ditahan di bawah Seksyen 53 yang boleh dikenakan hukuman denda RM3,000 ataupun 24 bulan penjara, sekiranya didapati bersalah.

Sementara itu, Pengarah Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, kesedaran ibu bapa mendidik dan mengawal anak-anak adalah amat penting.

“Begitu banyak cabaran untuk mendidik anak-anak di zaman global ini dan tuntutan komitmen daripada ibu bapa adalah sangat diperlukan.

“Dedahkan kepada anak perempuan khasnya berkaitan kesannya melakukan hubungan seks terlarang atau seks bebas yang bukan sahaja menyebabkan dosa besar tetapi hanya merugikan masa depan.

“Sesibuk mana pun ibu bapa mencari rezeki, awasilah setiap pergerakan anak-anak bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya. -SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular