Pada tengah hari 30 Mac 2011, seorang pemimpin kanan PKM, Kawan Ah Chen (nama sebenar Shan Ru-hong) telah meninggal dunia kerana keser dan sakit tua di Hospital Betong, wilayah Yala, Selatan Thailand dalam usia 92 tahun.
Shan Ru-hong @ Ah Chen @ Jasa |
Mendiang meninggalkan 5 orang anak, 2 lelaki dan 3 perempuan . Isterinya, Li Ying, telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.
Mendiang dikenali oleh kawan-kawan Rejimen Ke-10 dengan nama Kawan Jasa. Beliau pernah datang ke Rejimen Ke-10 pada tahun 1962 untuk ikut serta memimpin penyelenggaraan Sekolah Parti Pertama Utara Malaya yang diadakan di basis Rejimken Ke-10 kawasan Yala, kemudian sekali lagi datang ke Rejimen Ke-10 untuk sama-sama memimpin pasukan ini semasa Abdullah C.D. ditimpa sakit berat akibat terkena racun. Beliau meninggalkan Rejimen Ke-10 setelah sakit Abdullah C.D. beransur-ansur pulih. Kemudiannya mendiang dihantar memimpin Kawasan Khas sehingga terjalinnya penandatanganan perjanjian damai 3 pihak pada tahun 1989.
Setelah perdamaian, mendiang memimpin Kampung Perdamaian Betong (Ban Chulabhorn Patana 10).
Mendiang menganggotai PKM pada tahun 1938, adalah salah seorang anggota Politbiro Jawatankuasa Pusat PKM.
Kami seluruh kawan-kawan di Kampung Perdamaian Sukhirin (Ban Chulabhorn Patana 12) mengucapkan takziah sedalam-dalamnya kepada kaum keluarga mendiang dan seluruh kawan di Kampung Perdamaian Betong.
KINI DAN SILAM url: http://matamin02.blogspot.com emai: matamin48@live.com