Gambar Sekadar Hiasan |
Tarian poco-poco amat popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian. Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.
“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi media semalam. (IH)
Lanjutnya....
Tarian poco-poco yang glamer sekarang ni ditarikan sebagai senam aerobik dikatakan haram..Betul ke? Tarian yang dikatakan berasal dari Indonesia ni rasanya ada je kat kursus atau program rasmi. Siap masuk TV lagi aritu. Tapi ada jugak kata bukan dari Indonesia..so dari mana?
Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Marilah kita sama2 fikirkan.
Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabda nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)."
Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html
(Gambar-gambar dibawah : Puteri dan Wanita UMNO sedang asyik Poco Poco di ambil dr laman Web Puteri UMNO di http://puteriumno.my/portal/galeri-foto-umum/album/majlis-tarian-poco-poco-bersama-penduduk-setempat- )
(Gambar-gambar dibawah : Puteri dan Wanita UMNO sedang asyik Poco Poco di ambil dr laman Web Puteri UMNO di http://puteriumno.my/portal/galeri-foto-umum/album/majlis-tarian-poco-poco-bersama-penduduk-setempat- )
Majlis Tarian Poco-Poco Bersama Penduduk Setempat
.
So, betul ke? sebab yang asal memang nampak sangat bentuk salib (pergerakan membentuk huruf t atau salib seperti video di atas tu)