SAYA ada mengulas tentang pengunduran Ketua Wira Perkasa iaitu Arman Azha daripada jawatannya di dalam Perkasa. Beliau bagaimanapun mengakui masih menjadi ahli Perkasa seumur hidup dan masih memegang jawatan di dalam Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara.
Mengikut berita yang dikeluarkan oleh Pahang Daily, Sdr Arman mengaku beliau telah hadir di dalam program Ceramah Perdana menentang Fitnah II ke atas DS Anwar yang telah diadakan di Stadium Melawati baru-baru ini. Ulasan yang dipetik dari Pahang Daily adalah seperti berikut;
"Arman memberitahu, beliau belum berundur daripada UMNO tetapi akan melihat mana-mana parti politik yang akan mengangkat martabat agama, bangsa dan negara sebagai prinsip perjuangannya. "Saya tidak cakap akan menyertai mana-mana parti politik tetapi saya akan melihat dan mengkaji parti yang memperjuangkan prinsip saya. Hanya dengan kuasa politik saja, kita dapat memastikan kuasa, hak dan martabat bumiputera khususnya dikekalkan. "Walaupun saya dilihat berada di Stadium Melawati untuk mendengar caramah tentang fitnah kedua, itu menunjukkan saya terbuka untuk mendengar apa yang disuarakan kedua-dua pihak," tambahnya. Terdapat kemungkinan Arman akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya. Sama-sama kita tunggu seterusnya"
(Ulasan Pahang Daily Online)
Suka saya mengingatkan Sdr Arman, sekiranya beliau ingin memilih PR sebagai wadah perjuangannya beliau terlebih dahulu mesti keluar dari kepompong Perkasa. Idealogi Perkasa samasekali bertentangan dengan hasrat PR untuk mewujudkan sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum dan agama. Di dalam PR, tiada pendekatan `rasist' terhadap mana-mana kaum yang sering ditonjolkan oleh Perkasa. Lebih-lebih lagi, PR melihat Perkasa seolah-olah komponen di dalam Umno bukan komponen di dalam Bn.
Seandainya beliau memilih untuk menyertai PR, beliau mestilah ikhlas tanpa memikirkan habuan atau tempatnya menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 nanti. Kita juga mengharapkan agar mana-mana pemimpin dari PR agar tidak mudah menerima sesiapa sahaja yang baru menyertai kita untuk diletakkan sebagai pemimpin atau calon di dalam pilihanraya. Sejarah banyak mengajar kita tentang beberapa peristiwa yang berlaku. Kita boleh terima mereka sebagai ahli biasa tanpa syarat.
Ini bukan bermakna kita bersikap buruk sangka kepada mereka yang ingin menyertai kita tetapi kita harus berhati-hati apatah lagi kita akan menghadapi pilihanraya umum tidak beberapa lama lagi. Keyakinan ramai pihak bahawa PR mampu berada di Putrajaya selepas Pilihanraya Umum Ke 13 nanti mungkin menarik minat mereka di luar sana untuk mendapatkan sesuatu. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh membaca niat hati seseorang cuma kita perlu lebih berhati-hati./wfauzdin.blogspot.com

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Arman Azha Abu Hanifah (foto)mengumumkan perletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta pada Selasa.
Difahamkan, beliau melepaskan jawatan kerana mahu menumpukan tugasnya dalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara. Arman berkata, keputusan itu dibuat atas dasar peribadi dan bukan disebabkan desakan mana-mana pihak serta kekecewaan terhadap pucuk pimpinan Perkasa. "Saya tidak kecewa atau disunting mana-mana parti tetapi ingin memberi peluang kepada generasi baru untuk membawa Perkasa melangkah ke peringkat lebih tinggi," katanya.
Menurutnya, tindakan untuk mengundurkan diri itu dibuat atas dasar prinsip peribadinya iaitu memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air. "Kalau kita tengok senario di negara pada hari ini, apa saja perubahan yang ingin dilakukan harus memerlukan kesungguhan dalam keputusan politik. "Walaupun Perkasa merupakan badan pendesak terbesar untuk memartabatkan agenda agama, bangsa dan negara, ia memerlukan 'political will'.
Dalam erti kata ini, saya ingin melangkah lebih jauh dengan berpegang kepada prinsip saya iaitu perjuangan dari segi politik," jelasnya yang memegang jawatan Ketua Wira Perkasa selama dua setengahtahun. mstar