SAYA tersenyum membaca tajuk ‘PKR Tenom Lumpuh’ yang terpapar di beberapa akhbar tempatan pada 2 April 2011 bersamaan dengan hari Sabtu; ekoran kononnya tindakan beberapa AJK yang diketuai oleh mantan Timbalan Ketua Cabang, Lampag Kurias bertindak keluar dari parti.
Sebenarnya walau siapapun keluar daripada PKR, parti itu tetap masih unggul kerana masih terdapat para pemimpin yang di luar daripada AJK cabang mampu memikul tanggung jawab itu untuk mendukung kepimpinan Ketua Cabangnya, Halik Zaman.
Kenapa pula Ketua Pergerakan Pemuda Tenom, Jamawi Jaffar yang dahulu tahu bahawa PKR cabang Tenom dikatakan lumpuh, sedangkan para pemimpin dalam parti itu termasuk saya sendiri melihat bahawa PKR Tenom semakin kuat dan mendapat sokongan daripada akar umbi keseluruhannya?
Tindakan Lampag Kurias dan beberapa kerat rakan sekutunya itu tidak sekali-kali menjejas dan mematahkan semangat para pejuang telun dalam PKR, terus menjunjung tinggi memberi sokongan kepimpinan kesemua peringkat, cabang, negeri dan pusat.
Seperkara lagi yang menjadi keanehan ialah, nama Naib Ketua Cabang, Sani Kuak turut disenarikan yang tersiar dalam akhbar, walhal, beliau merupakan orang kuat dan penyokong Halik Zaman dan kini memangku jawatan yang dikosongkan oleh Lampag Kurias?
Kami dalam PKR, walaupun kurang publisitinya, namun rakyat faham kerana akhbar tempatan tidak menyiarkan segala aktiviti parti pembangkang.
Kemasukan beramai-ramai ahli BN yang tidak putus-putus ini sudah pasti merisaukan para pemimpinnya, khususnya Umno-BN dan PBS-BN, PBRS-BN di kawasan P.181 Tenom yang merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Melalap dan Kemabong.
Justeru itu, sokongan yang dibukti oleh rakyat kepada PKR, tidak disenangi oleh mereka yang berhasrat untuk mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang ini.
Rakyat sekarang bajik dan tidak lagi menerima politik yang berunsurkan fitnah, pembohongan, yang memesongkan fikiran rakyat kerana mereka tidak mahu terikut-ikut lagi dengan pemimpin yang berfikiran agak cetek dan berminda ‘Tokek’ yang merasakan dirinya mahal tetapi hanya bersetinggan di rumah orang atau di dalam gua. sabahkini