Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 31, 2011

Saya Bersih !!! Kah Kah Kah


Rahim Thambi Chick kata dia bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara. 



he..he..he.. Siapa percaya?? Tak apa kalau korang percaya baca dulu kenyataan dia kat bawah ni.. habis baca kenyataan tu korang baca dan fahamkan apa yang aku paste selepas kenyataan dia tu..

'Diri saya bersih' 



PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Rahim Chik mempertahankan dirinya bersih dan tidak pernah didakwa dalam mana-mana mahkamah di dalam dan luar negara. 


Beliau menyerang musuh politiknya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin politik pembangkang lain dan blogger yang membuat serangan peribadi terhadapnya. 

Bekas ketua menteri Melaka itu memberi amaran keras kepada Anwar, pemimpin pembangkang dan Umno serta blogger akan mengambil tindakan undang-undang kerana memburuk-burukkan peribadinya. 

Beliau berkata, peguamnya sedang meneliti setiap ucapan pemimpin politik dan tulisan blogger berkenaan. 

“Anwar yang didakwa di mahkamah dianggap sebagai hero manakala saya dianggap sebagai penjenayah. 

“Mereka telah membuat serangan peribadi terhadap diri saya walaupun saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur petang semalam. 

Anwar kini sedang dibicarakan di mahkamah atas dakwaan melakukan liwat. 

Abdul Rahim mengaku beliau bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim yang dlebih dikenali dengan Datuk T mengatur menayangkan video seks yang didakwa dilakukan Anwar kepada wartawan dan ahli politik pembangkang. 

Kes itu kini sedang disiasat oleh polis setelah Anwar membuat laporan polis. Ketiga-tiga mereka telah diambil keterangan oleh polis berhubung pembabitan mereka dalam video seks tersebut. 

Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain telah mengadakan ceramah menghentam Abdul Rahim ekoran penerbitan video seks tersebut. Ketua umum PKR mendakwa, Abdul Rahim berdendam kepadanya kerana terpaksa meletakkan jawatan ketua menteri Melaka pada 1994 kerana didakwa dalam salah laku seks. 

Abdul Rahim berkata, tidak boleh membuat dakwaan terhadap dirinya semata-mata berdasarkan khabar angin. 

“Tetapi mereka membuat tuduhan itu semata-mata berdasarkan khabar angin untuk mengaibkan saya. “Untuk membuat dakwaan, kamu mesti mempunyai bukti, bukan berdasarkan khabar angin. 

“Orang yang tidak ada maruah sahaja yang buat macam ini. Saya telah menjadi mangsa” katanya.- Free Malaysia Today 

Cuba korang baca yang ni pula.. 

IN THE HIGH COURT OF MALAYA AT MELAKA CIVIL SUIT NO OF 1985 
BETWEEN 

JOSEPHINE DORIS NUNIS ... PLAINTIFF 
AND DATUK SERI RAHIM THAMBY CHIK ... DEPENDANT


STATEMENT OF CLAIM

1. The plaintiff is a spinster residing at No. 33 N, Jalan Bandar Hilir, Melaka. 


2. The dependant is the Chief Minister, Melaka. 

3. The plaintiff first met the dependant at Melaka Straits Inn in early 1982. The plaintiff was then working at the Melaka Strait Inn as a hostess. 


4. The dependant befriended the plaintiff and used to take her out to various places including Federal Hotel Kuala Lumpur, Ming Court, Port Dickson, Banglo Kerajaan, Tanjung Kling, Melaka, the dependant's residence at Paya Ikan and Masjid Tanah, Melaka. 


5. In early 1982 and on several occasions thereafter the dependant promised to marry the plaintiff. 


6. In reliance upon the said promises, the plaintiff allowed the dependant to have the sexual intercourse with her on various occasions at the places mentioned in paragraph 4 herein. 

7. In August or September, 1982 the dependant requested the plaintiff to resign as hostess. The plaintiff duly complied with the request. 


8. The dependant presented the plaintiff with a diamond ring, a watch and a camera.


9. On or about 10th March 1984 the dependant broke off from the plaintiff without any reasonable cause. A few months later the plaintiff saw the dependant at his office and requested him to keep his word by marrying her. However, the dependant refused to relent. 


10. The plaintiff was ready and willing to marry the dependant. However, in breach of his promises to marry the plaintiff, the dependant has refused to marry her. 


11. As a result of the dependant's acts, the plaintiff has suffered humiliation and mental anguish and has suffered loss and damage. 


WHEREFORE the palintiff prays for:- (a) Damages; (b) Costs and (c) Any further or other relief deemed fit and proper by the Honourable Court. Dated this 12 day of September, 1985. 


(Signed) 

Solicitors for the plaintiff 


This statement of claim is filed by 
Messrs Karpal Singh & Co., 
solicitors for the plaintiff abovenamed, 

whose address for service is at 
No. 67, 1st Floor, 
Jalan Pudu lama, Kuala Lumpur. 

Nota: Apa yang terjadi akhirnya ialah Josephine telah mengambil keputusan untuk membatalkan samannya kerana 'tidak mahu mengambil tahu dan campurtangan dalam hal politik'. Anda fikirkan...


darisungaiderhaka

YG ni Gua ciluk dari : pejuangpro-demokrasi.blogspot.com


Luahan nenek kepada Gadis yang dirogol Bekas Ketua Menteri Melaka
"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka

Pada 3hb November 1999 . Say tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim Cucu saya, , telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.
Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya.

Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen. Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya. Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya.

Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan.

Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia.

Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu.

" Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim. Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya.

Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim.

Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik. Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali.

Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas. Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara.

Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan. Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN.

Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami. Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad Sabri bin Mohamad Yasin

Alamat:

Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .

LSS: Tak payah nak kelentong Anak Melayu 1 malaysia ! Perogol ni terlepas pasal Mahafiraun dan Peguam Negara yang "backing dia" .Kami Blogger -blogger di sini tak pernah takut untuk membawa kebenaran.

Sampai bila gerombolan nak "bela" si perogol ni?? Apakah kepada Si Perogol akan kita beri amanah untuk memimpin negara???

Tu pasal Puteri Gerombolan dah banyak yang hilang dara!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular