Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, April 2, 2011

1 lawan 1, agihan kerusi KEADILAN, SNAP hampir selesai


SARAWAK: Tiada pertembungan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat termasuk Parti Nasional Sarawak (SNAP), sebaliknya semua pihak mahu mewujudkan senario satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata, perbincangan pengagihan 41 kerusi antara KEADILAN dan SNAP juga hampir selesai, khususnya di kawasan majoriti Melayu.
Beliau berkata, semua parti gabungan juga sudah bersetuju DAP bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala PAS lima kerusi manakala bakinya ditandingi KEADILAN atau SNAP.
“Kita tidak mahu bertembung sesama sendiri kerana ia akan memberi kelebihan kepada BN Sarawak. Semua pihak mahu suasana satu lawan satu,” katanya pada sidang media, hari ini.
Turut serta, Pengerusi DAP Sarawak, Richard Wong Ho Leng, Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Sarawak memiliki 71 kerusi DUN. Sebanyak 15 kerusi yang ditandingi DAP ialah Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kawah, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Pelawan, Bawang Assan, Kidurong, Piasau, Pujut dan Bukit Kota.
PAS pula bertanding di Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu.
Baru Bian turut mengesahkan bahawa kerusi Padungan kali ini akan ditandingi DAP manakala KEADILAN akan bertanding di Batu Lintang.
Sebelum ini, Padungan dimenangi calon KEADILAN manakala Batu Lintang diwakili DAP.
Pertukaran dua kerusi itu, kata Baru Bian membuktikan persefahaman erat antara parti gabungan Pakatan Rakyat.
Beliau menyeru setiap jentera Pakatan Rakyat memfokus kepada ‘peperangan’ sebenar dan memaksimumkan egala kekuatan supaya BN Sarawak tumbang pada pilihan raya kali ini.
Sementara itu, Ho Leng berkata, DAP akan mengeluarkan surat berkuasa kepada bakal calonnya di Kuching hari ini (2 April) dan di Sibu pada 3 April yang bakal disampaikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng manakala  Adam pula menyatakan PAS akan mengumumkan calonnya 4 April ini.
Pada Pilihan raya negeri 2006, DAP menang enam DUN, KEADILAN satu serta PAS yang bertanding sebuah kerusi hanya tewas lebih 800 undi kepada seorang menteri di DUN Beting Maro.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=10483
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular