KENAPA PUSAT HIBURAN PERLUKAN RAMAI GRO?
Saudara Pengarang,
KAMI menggesa agar SPRM menyiasat Jabatan Immigresen Labuan mengapa sebuah Pusat Hiburan di W.P Labuan perlu permit Pelayan (waitress) sampai 20 hingga 50 perempuan Filipina.
Untuk makluman, Pusat hiburan di Labuan telah menyalahguna permit tersebut untuk menjalankan kegiatan pelacuran berlesen setelah hampir semua pegawai Imigresen Labuan berada dalam ‘Pay Roll’ tauke pusat hiburan dan sindiket pelacuran.
Penduduk Labuan ingin tahu adakah kerajaan BN telah ‘Halalkan’ Pulau Labuan di Malaysia sebagai Pulau Maksiat? Kami ingin tahu maklumat sebenarnya supaya PRU 13 akan datang penduduk di Labuan tahu mana satu Parti yang wajib dipilih.
Berpuluh artikel telah disiarkan oleh Sabahkini.net dan suratkhabar tempatan mengenai Judi haram dan Pelacuran di Labuan setiap bulan, tetapi pihak berkuasa hanya menjalankan ‘Ops Tayang’ kepada penduduk Labuan, seolah-olahnya penduduk pulau ini adalah kanak-kanak berumur tiga tahun.
Jika sebuah pusat hiburan (satu unit kedai) memerlukan antara 20 hingga 30 pelayan, jadi Hotel Hayatt Coffee House yang buka 24 jam perlu mengambil waitress sehingga 80 orang kerana coffee house Hyatt Hotel besar dan beroperasi 24 hours.
Adakah Hyatt Hotel atau hotel lima bintang lain mengambil begitu ramai waitress? Kami rasa pengarah dan pegawai imigresen tidak pandai Matematik.
Terkini, bukan saja pusat hiburan seperti pub dan karaoke ada menyimpan GRO (pelacur berlesen), malah Pool atau Pusat Snooker pun ada menyediakan perkhidmatan GRO untuk tujuan pelacuran.
Kami menggesa agar SPRM menjalankan risikan dan membanteras sindiket pelacuran, pegawai yang melindungi atau mereka yang bersubahat termasuk mendalangi kegiatan tersebut.
Jika pekara ini tidak diambil tindakan oleh Kerajaan BN serta merta, kami minta semua penduduk Labuan agar jangan mengundi Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang kerana isu ini telah menyebabkan masalah keluarga bercerai berai di Labuan.
Semua maksiat yang wujud di Labuan pada hari ini adalah buah tangan Datuk Adnan Mansor yang meminta Kerajaan Pusat meluluskan kouta pelayan import dari Filipina dan sekaligus menjadikan Labuan Syurga pelacuran terkenal di Asia.
Kami juga minta ehsan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein agar membatalkan permit GRO tersebut kerana Karaoke, Pub, massage palour, pool house telah menyalahgunakan permit GRO untuk kegiatan tidak bermoral.
Salam Hormat.
ANTI MAKSIAT & JUDI LABUAN.