Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, February 2, 2011

Protests in Egypt - Demi Israel Hosni tidak akan letak jawatan !


PENUNJUK perasaan yang mendakwa cedera ketika bertempur dengan polis beberapa hari lalu melakukan solat jemaah di Dataran Tahrir, Kaherah, kelmarin. Israel minta presiden kekal untuk kepentingan politik di Asia Barat. Al Jazeera dan CNN melaporkan bahawa Presiden Mesir yang dibenci rakyat, Hosni Mubarak, dalam satu siaran TV khas ke seluruh negara menyatakan bahawa dia tidak akan meneruskan penggal pemerintahannya yang berakhir September ini.

Tetapi para demonstran tidak berpuas hati dan mahu Hosni meletakkan jawatan serta-merta tanpa syarat!

"Ini tidak cukup, kami mahu dia (Hosni) letak jawatan serta-merta, bukan menunggu September"!!


Perarakan jutaan penunjuk perasaan sudah memenuhi segenap ruang di Tahrir Square di Kaherah menuntut supaya Hosni berundur! Foto diatas menunjukkan Hosni Mubarak digantung dimuncung lampu isyarat oleh rakyat.

Mesir dan Israel mengehadkan laluan keluar dan masuk ke Gaza selepas Hamas mengambil alih kuasa di semenanjung tepi laut sesak dengan 1.5 juta penduduk itu daripada Presiden Palestin disokong Barat, Mahmoud Abbas pada 2007.

Gaza dan Mesir berkongsi sempadan sepanjang 15 kilometer dan ratusan terowong digali penyeludup bagi merentasi sempadan secara haram untuk membawa masuk bekalan keperluan ke wilayah Palestin itu.

Sejak tunjuk perasaan harian oleh rakyat Mesir yang bermula hampir seminggu lalu, pintu masuk sempadan semakin dikawal ketat.

Pintu masuk antara Gaza dan Mesir, yang sebahagiannya dibuka semula sejak beberapa bulan lalu, ditutup kelmarin oleh pihak berkuasa Mesir hingga diberitahu kelak.

Penyeludup berkata, aliran barangan dari Mesir termasuk minyak murah, terganggu sejak beberapa hari. Penduduk Gaza mula menyimpan bekalan minyak dan barisan panjang penunggang motosikal dilihat di stesen minyak.

“Mana-mana penduduk Gaza menunggu perubahan di Mesir kerana negara jiran itu adalah peparu yang membantu kami bernafas,” kata seorang pegawai Hamas yang enggan namanya didedahkan. “Sebarang perubahan di Mesir akan membawa perubahan di Gaza,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular