Kekacauan yang berlaku yang menyebabkan beberapa kematian di dalam tunjuk perasaan di Mesir adalah berpunca dari provokasi dan serangan dari anggota polis berpakaian preman.
Rakyat yang anti-Mubarak berjaya menemui dan merampas beberapa kad pengenalan diri daripada mereka yang pro-Mubarak yang berjaya mereka tewaskan. Pertempuran diantara kelompok pendukung Presiden Husni Mubarak dengan anti-Mubarak berlanjutan dan golongan rakyat yang anti-Mubarak telah mengusir golongan yang mencetuskan kekacauan dari beberapa jalan di sekitar Lapangan Tahrir yang telah mereka kuasai.
Mereka saling melempari batu dan terdengar pula tembakan. Pihak tentera, yang berusaha memisahkan kedua kelompok, tampak tidk berupaya untuk menyekat massa.
Para penyokong Presiden Mesir Husni Mubarak dalam di dalam demonstrasi mereka di Kairo telah menyerang wartawan asing.
Beberapa wartawan dipukul dan peralatan mereka dirosakkan, sedangkan beberapa lainnya ditangkap. Kelompok pendukung Mubarak juga menghalang penyaluran makanan dan minuman kepada kelompok anti pemerintah yang bertahan di Lapangan Tahrir, pusat kota Kahirah.
Kementerian Kesihatan Mesir menyatakan lapan orang diketahui terkorban akibat protes sejak Rabu kelmarin.
Di tempat yang berlainan, para penceroboh merosakkan pusat perbelanjaan di kota Iskandariah, salah satu pusat perbelanjaan terbesar di Mesir.
Wakil Presiden, Omar Suleiman (gambar) mengumumkan bahwa putera Mubarak, Gamal, tidak akan mencalonkan diri sebagai Presiden. Inilah pernyataan rasmi pertama bahawa Gamal tidak akan meneruskan kekuasaan ayahnya.
Sebelumnya Perdana Menteri Mesir, Ahmed Shafiq meminta maaf ekoran serangan yang dilakukan oleh para penyokong Presiden Mesir, Hosni Mubarak ke atas kumpulan penentang Hosni di Tahrir Square semalam.
Para penunjuk perasaan anti-Hosni mendakwa sekumpulan samseng dan anggota polis berpakaian awam diupah oleh pemerintah Mesir untuk bertempur dengan kumpulan penentang Presiden Mesir.
Dalam pertempuran itu, kayu, batu dan bom petrol digunakan untuk mematahkan kemaraan kumpulan penunjuk perasaan penentang Hosni.
Menyentuh insiden itu, Ahmed Shafiq berkata, serangan itu merupakan satu kesilapan besar dan beliau berjanji akan melakukan siasatan bagi membolehkan setiap orang mengetahui siapa yang menjadi dalangnya.
Dalam pertempuran yang bermula malam kelmarin dan awal pagi semalam, sejumlah besar penyokong dan penentang Hosni bergaduh dalam peristiwa yang dianggap paling berdarah dalam sejarah tunjuk perasaan di Tahrir Square.
Tunjuk perasaan itu bermula sepuluh hari lalu oleh penyokong antipemerintahan yang mendesak Hosni meletakkan jawatan selepas memerintah selama 30 tahun.