Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 5, 2011

Bodoh! Lepas Satu-satu Syarat Mohd Noor Deris! Penakut Taik!

Mohd. Noor hanya mahu debat dengan Nik Aziz

KOTA BAHARU 5 Feb. – Pengerusi Biro Agama dan Ulama, Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Mohd. Noor Deris akan menghantar surat untuk mengadakan debat dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mohd Noor berkata, beliau gembira dengan reaksi positif Nik Aziz yang mahu mengadakan dialog dengan mana-mana pihak dan ia merupakan peluang kepada beliau untuk menghuraikan pandangannya kepada Menteri Besar Kelantan itu.

"Saya akan hantar surat dalam beberapa hari lagi untuk mengadakan debat dengan Nik Aziz. Saya mahukan debat itu diadakan hanya antara saya dan dia saja tiada pihak lain di tempat awam. Kini cabaran saya sudah disahut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Aziz semalam bahawa beliau bersetuju untuk bersemuka serta berdialog dengan semua pihak termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan jika tidak berpuas hati terhadap kenyataannya dalam usaha menjernihkan isu berbangkit yang dianggap kontroversi.

Isu berkenaan berbangkit apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mengelirukan umat Islam ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini, dengan mengatakan mereka yang tidak menyokong PAS ialah jahiliah.

Berikutan tindakan Nik Aziz itu, Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Aziz itu yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular