Grab the widget  IWeb Gator

Friday, February 4, 2011

rakan karib Rosmah mansur sudah jatuh!


Domino Revolusi Timur Tengah dan Afrika Utara ke Malaysia.


Rusuhan di Mesir menuntut Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun supaya berundur. Apa yang berlaku di Tunisia dan Mesir menjadi pemangkin kepada beberapa rusuhan di Syria, Yemen dan Jordan.



Presiden Tunisia melarikan diri ke Jeddah (istana tetamu Raja Saudi). Tempat yang sama pernah melindungi Nawaz Sharif (Pakistan), Idi Amin (Diktator Uganda).


Apa kaitan dengan senario politik Malaysia?


1.Hosni rombak kabinet diktatornya dengan melantik agen prisikan tentera sebagai timbalan. Malaysia pernah kitar semula Menteri bila rakyat tolak pemerintahan BN. Kekalkan menteri rasuah contoh: Pak Lah ambil balik Rafidah Aziz yang telah kalah.


2.Kebangkitan revolusi Tunisia, Yaman, Mesir, Jordan dan Algeria disebabkan kebangkitan IT, facebook, blog dan Twitter. Jihan Ibrahim, seorang aktivis media dan pembaharuan politik di Mesir, dengan sepenuh hati mengikuti peristiwa-peristiwa di Tunisia. Kerajaan Mesir kini mengharamkan blog, Twiter, facebook malah telefon bimbit. Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook) melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi. 


Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak boleh digunakan. Cawangan Al jazeera ditutup dan dihalau dari Mesir. Malaysia pindaan memperluas skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) kepada internet. BN sudah tidak mampu membayar penulis blog pro BN yang meminta bayaran tinggi untuk menaikkan nama mereka.


3.Isu rasuah dan isu boros.


4.Kenaikan harga tol di negara Arab , minyak, beras, gula dan penarikan subsidi. Tetapi walaupun Malaysia naik harga minyak lebih tinggi dari negara Arab, tetapi orang Melayu masih pasrah dan redha.


5.Pengangguran meningkat (contoh :13% Tunisia)


6.Tutup hak bersuara rakyat. Indeks Demokrasi Malaysia jatuh ke tangga 71. (Economist Intelligence Unit). Malaysia antara 36 negara yang kongkong rakyat dengan Akta Mesin Cetak, ISA san OSA. Antara negara Asia yang sama seperti malaysia ialah Thailand, Sri Langka, Fiji.


7.Media siarkan kejayaan ekonomi, KDNK dan anugerah ekonomi peringkat dunia sebaliknya harga barang naik, rakyat susah, dll. Sama seperti Malaysia yang bentang Bajet tahunan defesit.


8.Kerajaan Arab (Jordan) terpaksaa gula-gulakan rakyat untuk hentikan kemarahan. Raja Abdullah II cuba mengawal api kemarahan rakyat dengan menjanjikan reformasi sementara Perdana Menteri mengumumkan pakej $550 juta subsidi baru untuk bahan api dan bahan asas makanan seperti beras, gula, ternakan dan gas cecair untuk memasak dan memanaskan kediaman. Malaysia, PM isytihar tol tidak akan naik 5 tahun.


Yaman


· Sejarah Yaman : Yaman ialah salah satu daripada pusat-pusat peradaban yang tertua di dunia. Dari abad ke-9 SM hingga abad ke-6 Masihi, Yaman merupakan sebahagian kemaharajaan-kemaharajaan Minaean, Sabaean, Himyarit, Qataban, Hadhramawt, dan Awsan yang menguasai perdagangan rempah yang menguntungkan. 


Yaman berturut-turut dikuasai oleh empayar Habsyah dan Sassanid Parsi. Pada abad ke-7, khalifah Islam mula menguasai kawasan ini. Selepas kekhalifahan itu dihancurkan, bekas Yaman Utara dikuasai oleh Imam-Imam daripada berbagai-bagai wangsa, biasanya dari mazhab Zaidiyah, yang mengasaskan struktur politik teokratik yang kekal sehingga zaman moden. 


Khalifah-khalifah Sunah Waljamaah Mesir menduduki kebanyakan Yaman Utara pada sepanjang abad ke-11. Menjelang abad ke-16 dan sekali lagi pada abad ke-19, Yaman Utara menjadi sebahagian Empayar Turki Uthmaniyyah dan pada sesetengah tempoh, Imam-Imannya juga menguasai Yaman Selatan. Yaman Utara mencapai kemerdekaan daripada Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1918 dan menjadi sebuah republik pada tahun 1962. Yaman Selatan (bekas jajahan British) menjadi Komunis dan 2 Yaman bergabung pada 1990.


· Sistem Kerajaan : Republik; Presiden Ali Abdullah Saleh (Syiah Zaidiyah) Perdana Menteri Abdul Qadir Bajamal. Parti menang : General Peaople’s Congress.


· Di Yaman iaitu negara termiskin di semenanjung Arab, rusuhan memaksa Presiden Ali Abdullah Saleh (selapas 33 tahun perintah) untuk melakukan pemulihan ekonomi segera. Ini termasuk mengurangkan cukai pendapatan sehingga separuh dan mengarahkan kawalan harga ke atas makanan dan barangan keperluan asas.


· Beribu-ribu rakyat Yemen mengadakan tunjuk perasaan mendesak Ali meletakkan jawatan setelah memegang kuasa sejak 1978. Mogok berterusan hingga kini.


· Yaman antara negara termiskin Timur Tengah.


Algeria


· Sejarah : Orang-orang Phoenicia (1000 SM) dan Empayar Rom (200 SM) adalah yang paling penting diantara kuasa-kuasa asing di sini sehinggalah kedatangan kuasa Islam pada kurun kelapan masihi. Pada zaman pertengahan Dinasti Fatimiyyah (Syiah) yang bermula di Algeria menakluki. Algeria dikuasai Empayar Uthmaniyyah. Perancis kemudian menakluki Algeria pada 1830. 25 tahun di bawah sistem satu parti sosial Boumedienne dan pengganti-penggantinya.


· Sistem Kerajaan : Republik dengan moto "Revolusi oleh rakyat dan untuk rakyat",Parti pemerintah sekular : Font Pembebasan Nasional.


· 10000 rakyat protes harga makanan tinggi.


· Rakyat mahu bubar undang-undang darurat yang perintah selama 19 tahun!


· Mahu tukar kerajaan. Kebangkitan Pemikiran Islam.


· Rakyat bakar diri tanda protes.


Tunisia


· Sejarah negara: bangsa asal adalah Barbar (sama seperti Algeria). Ia ditaklukkan oleh puak Vandal pada abad ke-5 dan ditaklukkan semula oleh komander Belisarius pada abad ke-6 semasa pemerintahan Justinian, maharaja Empayar Rom Timur. 


Pada abad ke-7, kawasan ini ditaklukkan pula oleh kaum Muslim Arab yang mengasaskan kota Qairawan. Dinasti-dinasti Muslim yang berturut-turut memerintah, digendalakan sekali-sekala oleh pemberontakan-pemberontakan Barbar. 


Pemerintahan Dinasti Aghlabiyah (abad ke-9) dan Dinasti Zirid (sejak 972. Fatimiyah (Syiah) di Kaherah jajah Tunisia pada 1050 M. Pada abad ke-12, pantai-pantai Tunisia ditakluk oleh kaum Norman dari Sicily buat tempoh yang singkat. Tunisia kemudian ditakluk oleh para khalifah Al-Muwahhidun pada tahun 1159 (Zaman Ibnu Khaldun). Diperinta oleh Uthmnaiyah Turki dan dijajah oleh Perancis.


· Sistem pemerintahan : Republik, Presiden Zine El Abidine Ben Ali Parti Destour Sosialis (hingga 1988), Himpunan Demokratik Perlembagaan (sejak 1988). Fahaman Sosialis.


· Presiden digulingkan pada 14 Januari 2011. Korupsi, rasuah dan pembaziran.


· Seorang menteri Perancis mengatakan pada Isnin (17/1/2011), pemerintah akan membekukan seluruh aset yang mempunyai kaitan dengan rejim Ben Ali.

· Revolusi digelar Revolusi Orang Bakar Diri (burn man), Revolusi Twiter, Revolusi Jasmin.


Mesir


· Sejarah negara: Pernah diperintah oleh kerajaan Islam sahabat nabi, kerajaan Umayyah, Abbasiyyah, fatimiyah (Syiah), Turki mamluk dan Turki Uthmaniyah. Dijajah British dan Mesir diwariskan kepada raja-raja monarki yang melawan Uthmaniyah. Akibat gerakan nasionalisme yang hebat, British mengiytiharkan kemerdekaan Mesir pada 22 Februari 1922. 


Kerajaan baru ditubuhkan dan bersifat raja berperlembagaan. Pada 1948, Mesir terlibat dalam serangan oleh negara-negara Arab terhadap Israel tetapi kalah dalam perang tersebut. Golongan nasionalis yang tidak puas hati telah menggulingkan institusi beraja pada 1952 dalam Revolusi Mesir dan mengisytiharkan Republik Arab Mesir pada 1953.


· Sistem pemerintahan: Arab Sosialis (kuasa Tentera). Parti Demokratik Nasional Mesir.


· Rakyat protes dan desak Hosni turun selepas lama memerintah 30 tahun.


· Mohamad Al Baradei ingin tandingi Hosni jika Pilihanraya adil.


· Media Mesir selalu siar kenaikan KDNK negara, pujian banyak Anugerah Ekonomi yang Mesir dapat serta peningkata ekonomi tetapi rakyat semakin susah.


· Hosni kambing hitamkan Ikhwanul Muslimin sepertimana tindakan Gamal Abd Naseer dahulu. 8 Pemimpin Ikhwan ditahan.


Bagaimana dengan negara sosialis Syria?

Syria, Presidennya, Bashar Assad menyifatkan demonstasi di Mesir, Tunisia dan Yemen sebagai kebangkitan era baru di Asia Barat di mana pemimpin Arab perlu melakukan reformasi demokrasi.


Assad turut berikrar untuk melakukan reformasi politik di Syria ekoran kebangkitan tunjuk perasaan di Mesir dan Tunisia baru-baru ini. Syria antara negara yang banyak menindas dan membunuh ulama’.


2 rakan karib Rosmah mansur sudah jatuh!


1. Laila


Leila Ben Ali seperti mana Rosmah Mansor turut aktif dalam aktiviti yang dilihat berunsur 'amal' dan bersifat 'manusiawi'. Jika Rosmah menjawat Pengerusi BAKTI, Leila pula memegang jawatan selaku Presiden Organisasi Wanita Arab (AWO). 


Leila juga merupakan Pengerusi Basma iaitu organisasi kebajikan yang berperanan untuk membantu golongan kurang upaya mendapatkan pekerjaan. Pada Julai 2010, Leila Ben Ali menubuhkan SAIDA dengan tujuan membantu dan menyokong pesakit-pesakit barah di Tunisia. 


Dalam tempoh menjawat pelbagai posisi istimewa ini, Leila kerap hadir menyampaikan ucapan dalam acara-acara rasmi kerajaan. Selain mengiringi suami dalam lawatan rasmi ke luar negara, Leila juga kerap mewakili suaminya serta berucap dengan membaca teks ucapan suami. Sosok seperti Leila Ben Ali kini sedang meningkat naik di Malaysia dan muncul dengan nama Rosmah Mansor. Minat, sikap dan perwatakan mereka hampir sama.


Leila Ben Ali (53), si ibu negara, digelar ‘Imelda Marcos dari dunia Arab.’ Imelda Marcos adalah mantan ibu negara Filipina isteri kepada Ferdinand Marcos yang digulingkan oleh people power. Selain menyukai pakaian mewah rekaan pereka ternama dunia, Leila dan keluarganya telah mengumpulkan lebih dari 50 buah kereta mewah. Tidak terhitung pula rumah mewah yang mereka beli dan bina. Dalam kemelut politik sehingga penggulingan Ben Ali, Leila dilaporkan melarikan 1.5 ton emas yang diambil dari bank sentral ke luar negeri.


2. Suzanne


Suzanne Mubarak suka dihargai di khalayak ramai. Selain aktif dalam pelbagai program kebajikan demi rakyat Mesir tercinta, Suzanne juga suka mendandan diri, suka dihargai, berfesyen sakan dan seperti wanita-wanita pertama yang lain. Suzanne Mubarak, isteri Presiden Hosni Mubarak, dipastikan telah berada di London. 


Dia terbang dengan menggunakan jet pribadi, pada hari yang sama dengan Menteri Pertahanan Mesir ke Amerika Syarikat untuk menyelamatkan diri. Suzanne kelihatan bersama anak perempuannya dan lebih 100 buah beg. Mereka tiba di London untuk bersama dengan Gamal, anak lelaki yang disebut-sebut sebagai “putra mahkota” yang persiapkan untuk menjadi presiden Mesir.


Apa bezanya Rosmah?


Cuba mengambil alih peranan Ketua Pergerakan Wanita Umno dan Menteri Wanita, Pembangunan dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai tokoh wanita di negara ini.Rosmah menjadi jemputan utama untuk berucap dalam forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) bertajuk "Memodalkan Potensi Wanita Dalam Perniagaan"


Media : sehingga kini hampir setiap hari akan ada iklan atau berita kegiatan Rosmah. Kebaikan dan kebajikan beliau akan dihebahkan secara maksima melebihi menteri kabinet lain.


Kebajikan : mengambil juzuk kerja kebajikan untuk kelihatan keibuan dan penaung kepada rakyat.


Bajet : mendapat banyak bajet negara serta mampu memiliki kuasa pembiayaan dari pihak kerajaan. Walaupun pembiayaannya ditanya dalam Parlimen, imunisasi PM kuat dan sukar untuk diaudit.


Festival Busana Muslim yang diadakan di Monte Carlo pada 9 Ogos lalu yang dinaungi ‘Wanita Pertama’, Datin Seri Rosmah Mansor jelas menghina Islam kerana pakaian model yang terlibat tidak menutup aurat.


Sertai WIF pada bulan April dan ingin anjurkan pula oleh Malaysia. Rosmah First Ladies Speak - bertajuk “Pelaburan Untuk Kanak-Kanak Untuk Masa Depan yang Lebih Baik” di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Pada konvensyen khas yang dipengerusikan oleh Presiden forum itu, Datin Amy Hamidon, Rosmah disertai oleh isteri Perdana Menteri Jamaica, Lorna Golding untuk berkongsi pandangan mereka dalam perkara itu.


Isteri Perdana Menteri Malaysia yang pandai menyanyi dan menari di depan orang ramai serta berani membuat show di depan orang ramai ialah Rosmah. Isteri bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4 (Siti Hasmah) selama 22 tahun lebih pun malu beraksi seperti Rosmah Mansor. "Artikel 32 (2) menyatakan bahawa pemimpin utama negara adalah Yang Di Pertuan Agung. 


Tidak ada ungkapan wanita pertama dalam perlembagaan, yang ada hanya Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong,“ Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai ‘tidak sopan’ dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.


Rosmah membazir duit Malaysia untuk masukkan iklan mengalu-aluka kehadiran beliau ke luar negara. Pengarah Eksekutif New York Times Dianne McNulty sendiri mengesahkan bahawa iklan itu ditempah oleh sebuah agensi pengiklanan bagi pihak Kerajaan Malaysia. Dan bukannya oleh individu-individu seperti yang dinamakan dalam iklan tersebut. RM111 juta untuk projek Permata Pintar melebihi bajet untuk orang asli di Malaysia!


Muhammad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan DPPK Gopeng 2011

  

29 Safar 1432H.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular