Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 5, 2011

Cerita sebenar daripada peserta demo - Sah POLIS Msia menyokong Hosni Mubarak



Saya menerima SMS yang mendakwa seorang peserta himpunan membantah sokongan Amerika terhadap pemerintahan Hosni Mubarak di Kuala Lumpur hari ini yang menceritakan detik-detik yang membawa kepada kekecohan. 
Berdasarkan pemerhatian saya, suasana kecoh itu sengaja diwujudkan melalui provokasi.

Di bawah ini saya perturunkan SMS berkenaan.

“Masa perhimpunan ok, takda gangguan. Masa nak balik, polis dengan FRU dah sekat dekat jejantas Tabung Haji. Keadaan jadi kecoh bila polis cawangan khas (SB) tarik kolar baju seorang anggota Amal. Orang pun tolong dia. 

“Orang ramai berkumpul kat luar TH, masa itu Muhamad Sabu dan Salehuddin Ayub ada. 

Tiba-tiba dua trak water canon FRU bergerak perlahan ke arah bangunan TH dengan barisan anggota polis seragam dan SB. Mereka beri amaran bersurai tapi orang tak peduli. 

Masa itu orang dah ramai balik, yang tinggal dalam seseratus dua. Selepas amaran, water canon sembur ke arah orang ramai. Peniaga air dan makanan kat depan bangunan TH pun kena termasuk wanita dan kanak-kanak.

“Polis sembur dengan gas dan dua orang kena tangkap masa kecoh itu kerana jalan sempit dan polis sekat pula. 

Yang kesian ada bapa yang dukung anak kecil, nasib baik orang ramai lindungi dia masa semburan polis itu. 

Polis suruh kami turunkan sepanduk kutuk Hosni Mubarak tetapi tak dipedulikan.

“Masa itu polis berseragam dan SB terus serbu dan menangkap orang ramai yang masih berada di depan bangunan TH. Ada yang lari masuk dalam bangunan, itupun polis kejar. Ada polis yang masuk ikut pintu belakang TH. 

Di dalam bangunan, saya nampak betul seorang kena pukul oleh dua atau tiga orang, kemudian kena gari oleh polis sedangkan mereka tak buat apa-apa, itu yang saya kesian.

“Dalam hati saya tertanya-tanya, polis ni berkhidmat untuk sapa? Hosni Mubarak atau rakyat Malaysia?

"Bayangkan kat tingkat bawah bangunan TH ada dewan tempat keluarga menunggu rombongan pengantin. Mereka tunggu di luar dewan. Itupun kena tengking polis dan suruh mereka balik. Saya lihat takut budak kecil perempuan tu. Kat situ ada makcik, budak kecik dan mereka yang tak sepatutnya diherdik."

Gambar-gambar dari: wrlr.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular