Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, February 5, 2011

Apco Worldwide punca polis bertindak ganas?


KUALA LUMPUR: Tidak mustahil tindakan ganas polis terhadap peserta perhimpunan aman menyokong kebangkitan rakyat Mesir dan membantah campur tangan Amerika Syarikat di negara itu, akibat telunjuk Apco Worldwide terhadap pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya, berkata tindakan ganas itu mungkin diingini dalang utama Apco yang dikuasai pimpinan Israel Zionis.

“Tidak mustahil Apco memainkan peranan tertentu untuk menasihati kerajaan Umno BN untuk bertindak kasar. Tindakan ganas ini menunjukkan secara jelas bahawa BN adalah pro-Hosni Mubarak.
“Apatah lagi, ia melibatkan kepentingan Amerika Syarikat,” katanya mengulas tindakan keras polis termasuk memukul, menendang, selain menahan peserta perhimpunan aman di depan kedutaan Amerika Syarikat.
Latheefa berkata, kerajaan Umno BN pimpinan Datuk Najib Razak seolah-olah mahu menunjukkan kepada ‘tuannya’ iaitu Apco dan Amerika Syarikat bahawa beliau sudah menjalankan tugas untuk negara koboi itu.
“Dan, kerajaan yang memerintah di kedua-dua buah negara ini adalah sekutu kuat kepada Amerika Syarikat,” katanya.
Dalam perhimpunan aman tersebut, tujuh peserta ditangkap dan ditahan di balai polis Dang Wangi manakala Latheefa Koya bertindak sebagai salah seorang dari enam panel peguam yang akan mewakili keluarga tahanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular